27 Mei 2009

Berada di Regency Hotel, Alor Star, Kedah

26 Mei 2009,
Kak ram dan kumpulan dari unit SPI negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta GC2, berkumpul bersama untuk bina bahan sokongan. Buat kerja dari 26 Mei hingga ke 28 Mei - Khamis.

Seronok, bercambah minda dan idea untuk tingkatkan kualiti profesyen.

26 Mei 2009

Anak pindah Kelantan - belajar

23 Mei 2009,

Hantar anak ke dua, pindah ke Kelantan.
Dia buat specialist di Hospital Kubang Kerian. USM.
Pindah habis barang. Hari Sabtu lenguh badan tolong menantu kemas barang.
Satu lori besar. Amboi jauhnya anak kita duduk. Tapi tak pe kerana dia nak tambah ilmunya dalam bidang perubatan.
Masalahnaya anak dia, cucu kita, boleh ke kecek kelate. Depa cakap pelet Perlis. Maknyelah kena ajar dan latih bagi mahir faham berkomunikasi.

16 Mei 2009

Selamat Hari Guru 2009


Kepada semua guru khususnya warga guru SMK Pulau Nyior.

Ingin ku kirim COKLAT, takut ianu,ya cair,
Ingin ku kirim BUNGA, takut ianya layu
Ingin ku kirim senyuman, takut tidak dipandang,
Jadi ku kirim DOA semoga kalian ceria,sihat dan bahagia selalu

SELAMAT HARI GURU

dari ustazah Hajah Siti Rodzoh

Guru ibaratkan pohon gaharu,
sentiasa mewangikan dirinya dan mewangikan orang lain

ustaz Hj Shamsuddin JUSA Pendidikan Islam

Dia ... dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegunya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya
dalam dam ada bijaksana,
Dalam tangannya kita bina negara bangsa

ustazah Nafisah, pengetua SMK Hj Redha, Negeri Sembilan

09 Mei 2009

Mesyuarat di Federal Hotel, Bukit Bintang, KL




6 Mei 2009,
kak ram terbang lagi ke KL. Bermesyuarat bawah anjuran Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran.

Di sana kami di lantik sebagai Pakar runding mata pelajaran Kebangsaan.
Kebanyakan yang hadir tu, GC JUSA. Depa hebat. Buat kerja sampai pukul 2 pagi.

Malam tu letrik off, lift tak jalan, maka ada sahabat yang naik tingkat 10 guna tangga. Katanya baloi tak joging 3 hari. Berpeluh malam, bawa laptop berat pulak tu.

Kami dapat ilmu bina Blog Word press. Kak ram dah boleh bina blok tersebut. Tak khatam lagi. Baru sampai insert emej je. Nak cuba insert video tak jadi je.

Kak ram harap.... nak belajar lagi sampai khatam bina blog word press.
Apa-apa pun kak ram ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga pada shifu dari Perlis yang bersungguh ajar dan bimbing kami
.