24 Julai 2009

Rabu se hari di SM Sains Kubang Pasu

22 Julai 2009.

Berbengkel untuk pemurnian bahan sokongan SPM untuk Al-Falah. Kak ram GC yang jadi hostnya. Urus pemurnian bagi siap hari tu juga.

12 orang KP berbengkel tersebut. SPM.

Kami diberi bilik mesyuarat kecil. Hoi sejuknya kakram gc. Ingatkan biasa saje. tak bawa blezer lah. KP SM Sains Kubang Pasu cari blezer khas untuk kakram gc.

Sempat berhenti ambil gambar gerhana matahari. Dari celah tingkap aje.

Di sana tu diberi makan 4 kali.

Buat kerja dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 5.20 petang. Berhenti makan dan solat aje.

Kalau tak pulun ..... tak siap.


Nak siap cepat supaya anak murid kita boleh buat ulangkaji sebelum percubaan.

TQ kepada semua KP (SPM al_Falah)

gambar ada ....... nanti dulu tak dan nak masukkan ... tak tau lah internate malam ni slow sangat.

ok.....

Di Kolej Komuniti

21 Julai 2009. Selasa

Kakram gc berada dilangkawi. Ambil cuti 1 hari. Nak hantar anak saudar mendaftar pada 21 Julai. Pihak pengurusan Kolej tidak maklum wang pendataran RM 520.00. Banyak tu. Depa tak maklumkan awal dalam surat tawaran. Sepatutnya maklumkan semua yuran perlu dibayarkan pada masa pendaftara. Mujurlah kakram gc ada wang. Cucuk ATM malam tadi.
Syukur.

Jam 12.30 tengah hari bertolak pulang ke Kuala Perlis. Kami tak sempat beli apa-apa kecuali coklat aje.....

Pi Langkawi pula

20 Julai 2009
Pagi-pagi dah bertolak ke jeti Kuala Perlis. Beli tiket nak pi Langkawi. Tujuan pi ak urus pendaftaran anak saudara dari Baling. Mendaftar di Kolej Komuniti. Ambil kursus perhotelan.

Hari tu kami pusing-pusing Pekan Langkawi. Pergi Under Water World. Tak seindah dulu tempat ikan tu. Tak de dah ikan yang besar-besar. Pi juga Kubur Mahsuri. Depa tu tak pernah mai lagi Pulau Langkawi.

Kami tidur di Chalet Charlie, Pantai Cenang. Dekat benar dengan laut. Rasa takut juga. Manalah tau berlaku sunami lagi. Tapi bila dah tidur tak sedar apa-apa pun.


Gambar ada nanti kakramgc paparkan kemudian;

18 Julai 2009

ke Bendang Man Resort pulak,

16 Julai 2009

Kakramgc dan semua guru Pendidikan Islam SMK Pulau Nyior, yok ke Bendang Man Resort, Sik, Kedah.

KEM IBADAT DAN QIAMULAI.
Pelajar tingkatan 2 dan 4. Dedah cara tingkatkan iman dan cara tingkat prestasi akademik serta ajar urus diri sendiri. Fasilitator kami import dari mahasiswa mahasiswi Kolej Universti Insaniah , Alor Star. Walaupun pada 16hb itu mereka habis kuliah pada jam 6.00 petang, mereka sempat tunaikan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan sebagai fasilitator di sana. Kemas depa. Tak gaduh kami GPI handle.

Kursus Profesionalisme GPI.
Kakram jadi penyampai kursus. Dedahkan mereka aplikasi excell. Mereka aplykan kepada PM1, PM2 (borang postmortem headcount). Mereka cepat faham dan boleh aply. Ok lah. 2 jam tu. Di bangunan bumbung hijau. Jauh kak ram gc pikul laptop dan LCD. Pulun nak bagi kawan-kawan tau apa yang kita dah tau tentang perisian komputer.

Kami ada di sana dari 16 Julai hingga 18 Julai.

Anak-anak GPI mandi manda di talian sungai di situ. Ok lah rehlah dan release tension.

Harapan kami GPI SMKPN..... nak buat mesyuarat Panitia akhir di Bendang Man lagi.

Hm....... kakramgc ikut je.... tengok baget pulak..... ok.... jumpa lagi


gambar menari di sana kami papat kemudia ....

Hadiri Mesyuarat Panitia Daerah ke 2

15 Julai 2009
Mesyuarat Panitia Daerah Kubang Pasu kali ke 2
kakramgc bermesyuarat di PKG Kodiang, Kedah. Mesyuarat Panitia Daerah. Pendidikan Islam (m).Pengerusinya SMK Sanglang.

Soalan Al-Falah kakram gc dah siapkan. Buletin pun dah disiap. Hmmm..... tunggu di edit je oleh kawan-kawan Jawatankuasa. Kalau tak edit banyak ejaan silap. Bukan tak tau mengeja. Biasalah kalau tulis dengan komputer tu.

Satu cadangan menarik dari GC SMK Jitra, Ustaz Rifain. Tahun depan kita GC Daerah buat soalan pertengahan tahun. Barulah soalan itu selaras dan valid. Kalau tidak pakai hentam saja buat soalan. tak itu JSI. Insyaallah GC-GC PI daerah Kubang Pasu akan laksana semampu boleh.

Harapan dari kakramgc, perancangan strategik Panitia Daerah tu akurlah bidang tugas masing-masing. Jangan Buat rancangan tak akur. Baik tak rancang. Kita ikut saja, apa nak buat. tak kualiti tu namanya. Ok lah lama-lama jadi cemerlanglah...

Esoknya pi lagi ke BTP

8 Julai 2009

Kak ramgc bermesyuarat lagi di BTP di bilik Kenaga pula. Bilik Kenanga tak dapat wireless. kami berpindah bilik bengkel di bangunan utama. Sama-sama duduk belajar dan membina blog. Kali ini bermesyuarat bersama GCPI pakar runding negeri Kedah. 8 orang.






sempat bergambar di BTP pagi tu.

Turun lagi Ke BTP Negeri Kedah

7 Julai 2009


Bermesyuarat di Bilik Kenanga. Bersama 18 orang Ketua panel pembinaan blog peringkat Negeri Kedah. Membina untuk Pakar runding mata pelajaran guru cemerlang Negeri Kedah



06 Julai 2009

Kalut sikit minggu-minggu ni...


6 Julai 2009.

Dah lama tak masuk blog. Banyak juga cerita.

Seminggu sudah pi KL ziarah anak yang mengajar di SMK Setiawangsa. Diberi tahu dia kena kursus induksi. Dua minggu. Anak cam mana. Dua pulak tu. Nekat aku bawak balik ke Jitra. Memang aku banyak kerja. Kerja suri rumah tangga dan kerja kat sekolah. Aku urus cari orang boleh jaga cucuku itu.

Al-hamduliilah rezeki budak. Ada orang sanggup jaga. Selesai masalah.

ada cucu dirumah. On kan komputer waktu tengah malam aje. Waktu depa jaga, hm... macam-macam lah ragam mengacau itu dan ini.

Kena korban kalau nak tengok anak juga cemerlang.