26 November 2009

Keluarga kakramgc .....

gambar keluarga kakramgc



12 November 2009

Program membentuk modal insan di SMKPN - HARI ANUGERAH PERMATA HATIKU



Sebenarnya kakramgc baru belajar cara nak masukkan gambar dalam blog... sebelum ni depa ajar sekali ... bele aje .... hm.. kali ni sendiri explore melalui internet ...
KALAU NAK BELAJAR ... KAK RAM BOLEH TUNJUK .... BOLEH BIMBING ..... IKUT CARA DAN KAEDAH KAK RAM LAH NA..... lagi ajar kepada orang lagi kita mahir. jumpa lagi. masa ini kak ram berada di PUTRA PALACE, Kangar, Perlis .... ada kerja dengan KPM.

10 November 2009

Amanat dari Ustazah Ramlah (Kakramgc)

Kepada semua anak didik ustazah Ramlah SMKPN yang akan menduduki peperiksaan SPM...

Mengulangkajilah pelajaran bersungguh-sungguh .... ikhlas melaksanakan tugas kerana Allah swt.
Ustazah Ramlah sentiasa mendoai kamu sekalian... mudah-mudahan melalui jalan tenang dan dan penuh hidayah.
Jangan lupa minta ampun pada ibu bapa kamu.

Buat solat taubat dan solat hajat setelah kamu mengulangkaji pelajaran.
Bangun tengah malam dan buat solat tahajjud.....

Elakkan perkara yang dibenci Allah ... Elak derhaka ...

Itu aje ...

Kami Satu Team ......All Island

Kakramgc dalam team JK Pengurusan Sekolah
Mereka tu hebat-hebat belaka ....

Yang depan sekali tu .... pengetua kami .... Puan Hajah Latipah binti Kassim
Yang no 2 tu ... Puan Hajah Sopiah PK dan En. Ab. Rahman Tajudin PK HEM
Barisan ke 3 tu .. En. Zoher PK Kokurikulum .. Cik Faridah GKB .. En. Haron PK Petang
Lepas tu ... Badriyah GKM/S .... Aishah GKK ... Jamaludin GKTV ....
Puan Hajah Rohayati Udin Kaunselor sekolah ......En. Ishak guru Media
Kakramgc di tengah-tengah tak nampak .... rendah


GURU-GURU SMKPN 2009
Cantik hitam putih ... satu hati satu hala tuju ...... untuk membina modal insan dan berusaha memertabatkan profesion perguruan seterusnya melonjakkan sekolah terus cemerlang dan gemilang ..... kalau boleh ingin nak rasa terbilang .... malu pulak rasanya .... kami sekolah luar bandar aje ......

Sumbangan untuk LDP di SBPI Kubang Pasu

25 Oktober 2009
Kakram gc ke SBPI Kubang Pasu.
untuk sampaikan slot tentang Laluan Kerjaya Guru Cemerlang kepada Guru-guru di sana.
Mula pukul 3.00 sampai 5.00 petang.


Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Daerah Kubang Pasu

26 Oktober 2009
Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Daerah Kubang Pasu.












Kami bergambar selepas mesyuarat mesyuarat Jawatankuasa kali ke 2 pada 28 Oktober 2009

09 November 2009

Pembinaan Kurikulum Standard, KPM

4 hingga 5 Nov 2009
di Regency Hotel, Alor Star.
Bersama dengan GPI berbincang untuk pembinaan standard kurikulum anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.


Program Segar Pagi...

Lepas peperiksaan percubaan, kak ram laksanakan program Segar Pagi.
Program meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam.
Bermula jam 7.25 pagi - pelajar sudah berkumpul di padang bola tampar.
Bersila saja. Latihan mengingat fakta. Mengingatkan key word fakta. Tip-tip jawapan mudah kepada pelajar. Mudah-mudahan anak didik kakram gc dapat hidayah dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan lancar pada hari periksa nanti.
Program itu dilaksanakan setiap hari.
Aktiviti selesai jam 7.45 pagi






Hari Anugerah Permata hatiku, SMKPN

Pada 22 Oktober 2009
Sekolah ku mengadakan hari Anugerah Permata Hatiku.
Kak ramgc, dan dan Pn. Rashidah ditugaskan mendokumentasikan program itu.











Pemgarah Pelajaran Negeri Kedah merasmikan majlis tersebut




Bergambar dengan tokoh permata hatiku , anakanda Abdullah.

Tahniah kepada warga SMKPN kerana telah berjaya melaksanakan program PERMATA HATIKU.


03 November 2009

Mesyuarat Panitia Daerah kali ke 3...

2 Nov 2009
Hari ni penat sungguh .. orang lama.... pagi 7.30 dengan pelajar Segar Pagi... respon dari pelajar nak belajar amat menyeronokkan ..... masa tu lupa tak sarapan lagi.
7.45 dengan pelajar 5 Tabari ... dah tunggu depan bilik mesyuarat. Kak ram mengajar dalam bilik mesyuarat. ada ekon. Pakai mike. Pelajar PUGAR. Shauqi, Naim, Zaid mai kali ni datang nak belajar Pendidikan Islam. Mengajar sampai pukul 9.05 pagi.

Baru boleh pi kantin makan....

Lepas tu, masuk bilik, on kan komputer nak uruskan postmortem. Panitia Daerah nak satu bawa masa mesyuarat nanti. Tak sempat mula kerja, Pemantau surau Lima Bintang mai.... Dengan depa sampai jam 12.20 tengah hari. Patutnya masuk kelas 5 Ave jam 12.05. Pi ke kelas tu jam 12. 45.
Pi ke blog tu dengan kereta cepat sikit. Terpaksa cepat kerana jam 1.00 nak balik ke rumah bersedia nak solat, makan tengah hari. Lepas tu nak pergi PPD mesyuarat jam 2.00 petang.

Hajat nak bersama Jamuan Perdana 1 Malaysia .... melepas...

Jam 5.00 petang baru habis mesyuarat.

ok nanti sembang lagi...

02 November 2009

Ingatkan .... adab menghormati guru,

Guru adalah orang yang mengajarkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan mendidik kita menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. Walau bagaimana tingginya pangkat atau kedudukan seseorang itu mereka adalah bekas seorang pelajar yang tetap terhutang budi kepada gurunya yang pernah mendidiknya pada masa dahulu.

Oleh itu Islam mengajar kita supaya menghormati guru dan memuliakannya sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah.

Sabda Rasulullah saw

Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.

Cara beradab menghormati guru

- Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah

- Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.

- Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.

- Mengucap salam setiap kali bertemu guru

- Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru

- Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru

- Menghargai ilmu yang diberi oleh guru

- Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan

- Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.

- Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit

- Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.

Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt . Sekian