

26 November 2009
12 November 2009
Program membentuk modal insan di SMKPN - HARI ANUGERAH PERMATA HATIKU
Sebenarnya kakramgc baru belajar cara nak masukkan gambar dalam blog... sebelum ni depa ajar sekali ... bele aje .... hm.. kali ni sendiri explore melalui internet ...
KALAU NAK BELAJAR ... KAK RAM BOLEH TUNJUK .... BOLEH BIMBING ..... IKUT CARA DAN KAEDAH KAK RAM LAH NA..... lagi ajar kepada orang lagi kita mahir. jumpa lagi. masa ini kak ram berada di PUTRA PALACE, Kangar, Perlis .... ada kerja dengan KPM.
10 November 2009
Amanat dari Ustazah Ramlah (Kakramgc)
Mengulangkajilah pelajaran bersungguh-sungguh .... ikhlas melaksanakan tugas kerana Allah swt.
Ustazah Ramlah sentiasa mendoai kamu sekalian... mudah-mudahan melalui jalan tenang dan dan penuh hidayah.
Jangan lupa minta ampun pada ibu bapa kamu.
Buat solat taubat dan solat hajat setelah kamu mengulangkaji pelajaran.
Bangun tengah malam dan buat solat tahajjud.....
Elakkan perkara yang dibenci Allah ... Elak derhaka ...
Itu aje ...
Kami Satu Team ......All Island
Yang no 2 tu ... Puan Hajah Sopiah PK dan En. Ab. Rahman Tajudin PK HEM
Barisan ke 3 tu .. En. Zoher PK Kokurikulum .. Cik Faridah GKB .. En. Haron PK Petang
Lepas tu ... Badriyah GKM/S .... Aishah GKK ... Jamaludin GKTV ....
Puan Hajah Rohayati Udin Kaunselor sekolah ......En. Ishak guru Media
Kakramgc di tengah-tengah tak nampak .... rendah

Cantik hitam putih ... satu hati satu hala tuju ...... untuk membina modal insan dan berusaha memertabatkan profesion perguruan seterusnya melonjakkan sekolah terus cemerlang dan gemilang ..... kalau boleh ingin nak rasa terbilang .... malu pulak rasanya .... kami sekolah luar bandar aje ......
Sumbangan untuk LDP di SBPI Kubang Pasu
Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Daerah Kubang Pasu
09 November 2009
Pembinaan Kurikulum Standard, KPM
Program Segar Pagi...
Program meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam.
Bermula jam 7.25 pagi - pelajar sudah berkumpul di padang bola tampar.
Bersila saja. Latihan mengingat fakta. Mengingatkan key word fakta. Tip-tip jawapan mudah kepada pelajar. Mudah-mudahan anak didik kakram gc dapat hidayah dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan lancar pada hari periksa nanti.
Program itu dilaksanakan setiap hari.
Aktiviti selesai jam 7.45 pagi
Hari Anugerah Permata hatiku, SMKPN
03 November 2009
Mesyuarat Panitia Daerah kali ke 3...
Hari ni penat sungguh .. orang lama.... pagi 7.30 dengan pelajar Segar Pagi... respon dari pelajar nak belajar amat menyeronokkan ..... masa tu lupa tak sarapan lagi.
7.45 dengan pelajar 5 Tabari ... dah tunggu depan bilik mesyuarat. Kak ram mengajar dalam bilik mesyuarat. ada ekon. Pakai mike. Pelajar PUGAR. Shauqi, Naim, Zaid mai kali ni datang nak belajar Pendidikan Islam. Mengajar sampai pukul 9.05 pagi.
Baru boleh pi kantin makan....
Lepas tu, masuk bilik, on kan komputer nak uruskan postmortem. Panitia Daerah nak satu bawa masa mesyuarat nanti. Tak sempat mula kerja, Pemantau surau Lima Bintang mai.... Dengan depa sampai jam 12.20 tengah hari. Patutnya masuk kelas 5 Ave jam 12.05. Pi ke kelas tu jam 12. 45.
Pi ke blog tu dengan kereta cepat sikit. Terpaksa cepat kerana jam 1.00 nak balik ke rumah bersedia nak solat, makan tengah hari. Lepas tu nak pergi PPD mesyuarat jam 2.00 petang.
Hajat nak bersama Jamuan Perdana 1 Malaysia .... melepas...
Jam 5.00 petang baru habis mesyuarat.
ok nanti sembang lagi...
02 November 2009
Ingatkan .... adab menghormati guru,
Oleh itu Islam mengajar kita supaya menghormati guru dan memuliakannya sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah.
Sabda Rasulullah saw
Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.
Cara beradab menghormati guru
- Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah
- Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
- Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
- Mengucap salam setiap kali bertemu guru
- Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
- Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
- Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
- Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
- Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
- Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
- Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.