09 Mei 2009

Mesyuarat di Federal Hotel, Bukit Bintang, KL




6 Mei 2009,
kak ram terbang lagi ke KL. Bermesyuarat bawah anjuran Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran.

Di sana kami di lantik sebagai Pakar runding mata pelajaran Kebangsaan.
Kebanyakan yang hadir tu, GC JUSA. Depa hebat. Buat kerja sampai pukul 2 pagi.

Malam tu letrik off, lift tak jalan, maka ada sahabat yang naik tingkat 10 guna tangga. Katanya baloi tak joging 3 hari. Berpeluh malam, bawa laptop berat pulak tu.

Kami dapat ilmu bina Blog Word press. Kak ram dah boleh bina blok tersebut. Tak khatam lagi. Baru sampai insert emej je. Nak cuba insert video tak jadi je.

Kak ram harap.... nak belajar lagi sampai khatam bina blog word press.
Apa-apa pun kak ram ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga pada shifu dari Perlis yang bersungguh ajar dan bimbing kami
.




Tiada ulasan: