21 Jun 2009

Hari keluarga Kolej Universiti Insaniah, Kedah







20 Jun 2009

Pi pulak ke Bendang Man. Hari Keluarga Kolej Univesiti Insaniah.

Komitmen dengan masyarakat kena jugak walaupun letih di Putera Palace.

Tenang juga hati ni dapat bersenam robik.... nanti kita papar gambar... tak dan nak masukkan imej.

Putera Palace, Perlis

17 hingga 19 Jun 2009

Kak ram dan kawan-kawan GC jawatankuasa Panel Runding Kebangsaan bermesyuarat lagi.
Kali ni orang KL naik ke utara. Putera Palace. Nak pi Padang Besar, dah lewat habis mesyuarat. Pukul 5 petang. Padang Besar tutup jam 6.00 petang. Hm..m pi di Lok stak je. Pekan Rabu. Sementara tunggu time kapal kapal terbang, di Kepala Batas.

Kami dah mula boleh bina word press.

ada gambar tau nanti di papar kan kemudian....

Hantar cucu ke Kelantan

12 Jun 2009

Pi lagi ke Kelantan. Panji. Hantar cucu. Depa bercuti di Jitra. Cucu kak ram tu tinggal di Kangar, Perlis. Kemudian bertukar ke Kelantan. Ikut bapak nya (anak kak ram) buat specialis di Hospital USM, Kubang Kerian.

Hari pertama, dia masuk sekolah baru di Kelantan. tak faham lansung dialet kelantan.
Ah.. lama-lama nanti faham lah....

Masa dalam perjalanan dari Kelantan, Kak ram ambil gambar rumah cantik di pinggir negeri Kelantan.



Sempat singgah di Bukit Bunga membeli buah mangga.
Keropok pun boleh beli di sini.

Sekian, jumpa lagi










11 Jun 2009

Syukur kepada Allah

11 Jun 2009
Tadi pi sekolah. Depa hulur surat. hmmm... . Surat lantikan DG 54. Gembira, sesungghnya. Kepada sesiapa yang terlibat, kak ram gc ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga. Lebih lagi kepada syifu ustaz Shamsuddin Md. Noor. Tak lupa juga pada Jemaah Nazir. Syukur.

08 Jun 2009

Balik Kuantan.

5 Jun
pukul 2.15 petang sampai di KLIA dari Jakarta. Sambung pulak melancong dalam negari. Pi Kuantan. hadiri kenduri sepupu.
Mak sepupu tu kembar mak kak ram. SKembar seiras.


Ini sepupu kak ram, Namanya Hajah Saudah Omar.
Selisih umur 2 hari sahaja. Dah lama sungguh tak jumpa dia.
Dulu kami kecik-kecik makan sepinggan.
Tidur sebantal.


6 Jun pagi,

Bertolak dari Pahang, pi Kelantan, melalui Terangganu. Tidur di Kota Bharu. Beli sikit kain batik sutera buat kawan pejabat. Jumpa lagi

Melancong ke Jakarta - Bandong


1 Jun hingga 5 Jun
Kami warga SMKPN seramai 50 orang melancong ke Jakarta - Bandong. Seronok. Lapang minda.
Tengok negara orang. Ikut suasana macam di Malaysia saja. Tapi dari segi wang woi ... depa berjuta-juta. 1000 rupiah 30 kupang kita. 100000 rupiah depa rm 30.00 kita.

Kami lawat banyak tempat.