25 April 2009

Mesyuarat di Flamingo, KL


Pada 20 hingga 24 April saya di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur. Buat kerja dengan KPM bahagian PTK. Beri sumbangan untukkementerian. Duduk di sekolah aje tak luas pengalaman. Semuapengetua-pengetua seluruh Malaysia. Guru Cemerlang yang hadir tu amat cemerlang. Pengetua pula, pengetua JUSA. Mereka baik-baik. sedia beri ilmu. Sedia beri pendapat. Tak sombong meninggi diri. Tak rasa pun kita kerdil ilmu dan pengalaman.Tak kekok bergaul dengan mereka. Itulah pengetua berkepemimpinan instruksional. Faham juga sebab selaluberdampingan urusan dengan pengetua di SMK Pulau Nyior.

Tentang buat sumba
ng di Hotel Flamingo. Bekerja keras kami. Sampai tak ingatnak makan tengah hari. Dah nak pukul 11 malam pun masih nak berbincang lagi. Banyak sungguh edia-idea. Bernas dan matang pulak tu. Malah terperinci diberi. Ho.... ada tu kawan kita yang letih dari negeri non jauh di utara dan non jauh di pantai timur, non di selatan tersengguh, terpejam mata namun beri pendapat tetap beri pendapat. Sejuk pulak tu. Ekon tu. Pakai blezer pun sejuk.
Apa-apa pun saya dapat ilmu, dapat pengalaman dan dapat beri sumbangan yang sedikit untuk KPM.

24 April, 12 tengah hari kami semua selesai mesyuarat.Pulang ke tempat
sendiri.







Selamat pulang
En. Zainol Abidin
Pn. Jaizah
Pn. Zanariah
En. Mohammadi

En. Adzman
En. Khair
jumpa lagi dari kakramgc

05 April 2009

2 April jam 10.30 malam jam berdering. Aku belum tidur lagi. Telefon dari kampungku. Adik ku yang membuat. Dia beritahu atukku telah meninggal dunia jam 10.00 tadi. Aku terpinga-pinga. Tak tau nak buat apa. Aku seorang di rumah. Suamiku di Kota Bharu, Kelantan menziarahi abangnya yang sakit. Aku telofon suamiku. Dia suruh aku pulang kampung malam itu dengan flight. Aku telefon anakku di Kangar. Dia oncall di hospital. Aku telefon menantuku dia berada di Langkawi, ada program ceramah di sana. Menantu booking tiket flight esok 3 April. Flight jam 3.30 petang, kemudian ambil flight ke kuantan pula. Katanya sampai jam 8.00 malam. Aku terfikir pada bas UTAMA ke Kuantan. Bas itu dah bertolak jam 7.30 malam.

Aku terkebil-kebil seorang. Suamiku yang baru sampai di Kota Bharu, bergegas balik hari Jumaat. Balik Jitra. Dia sampai jam 4.00 petang. Dia ambil aku. Kami bertolak ke Kuantan jam 4.30 petang. Dia keletihan. Kami singgah tidur di KL. Pagi esok, hari Sabtu, subuh kami bertolak ke Kuantan kemudian terus ke Pekan, Pahang. Kami pergi terus ke kubur atuk ku. Baca doa ke atasnya. Tanah masih merah dan basah lagi.

Maghrib kami sekeluarga membaca yasin dan tahlil untuknya.

Aku sayang atukku. Masa kecil aku tinggal dengannya. Dia beri belanja sekolah pada ku. Dia masak nasi dan dia rajin buat kuih.

Allah sayang pada dia. Umurnya telah 95 tahun. Moga-moga Allah merahmatinya dan