14 Ogos 2012

KETIBAAN BULAN RAMADHAN


Umat Islam sedang menunggu kunjungan bulan Ramadhan, bulan yang sangat berkat dan diberkati, yang sentiasa dinanti-nantikan  kedatangannya oleh orang-orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT , maka kita yang masih berpeluang untuk berbakti  dan mengabdikan diri ke hadrat Allah SWT telahpun diajar oleh baginda Rasulullah saw cara sambutan bulan Ramadhan iaitu sebagaimana sabda Baginda kepada para sahabat sebagai berikut : “Dikunjungi bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, ucapan selamat datang atas ketibaan bulan ibadat berpuasa yang penuh berkat. Maka layanlah tetamu istimewa yang sedang datang itu”.
Bersesuaian dengan ketibaan bulan puasa yang mulia, bulan yang dinamakan bulan umat Islam sedikit sebanyak sepatutnyalah kita tingkatkan pengetahuan kita mengenai hakikat kedudukan ibadat puasa  ini berbanding ibadat-ibadat lain. Pada hikmatnya yang sedia tersembunyi masih banyak lagi yang belum dapat dikaji dibongkar untuk diambil dan dimanfaatkan dalam kehidupan kita seharian, adapun yang telah kita dengar dan pernah sudah diperkatakan oleh para cerdik pandai Islam kita ialah :
1. Jentera atau alat yang terdapat di dalam badan manusia perlu mendapat kerehatan seketika. Maka ibadat puasa diibaratkan cara merehatkan sesuatu jentera pada badan dari berjalan berterusan yang berkemungkinan telah mengalami kerosakan dan tidak mudah pula diperbaiki.
2. Para cendekiawan turut menerangkan faedah berpuasa dari sudut kesihatan tubuh badan, banyak penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubat melainkan amalan puasa dapat menyembuhkan dari pedih kesakitan yang dirasai oleh si pesakit.
3. Membawa perubahan dari sudut perasaan insaniah di mana puasa dapat melahirkan sifat yang bertimbang rasa  antara dua insan, yang tidak serupa keadaan nasib dan tuah hidupnya. Perasaan ingin menolong daripada pihak yang berada kepada pihak yang kurang berada di dalam menikmati kebahagiaan hidup bersama boleh diperolehi melalui amalan puasa.
4. Allah SWT mewajibkan puasa Ramadhan adalah sebagai bulan latihan bagi maksud memulihkan kekuatan dari segi tenaga tubuh badan dan latihan rohani seperti sanggup bersabar dan menanggung penderitaan.
5. Menurut tinjauan al-Imam as-Syafei rahimahullah dalam ungkapan katanya : “Aku sangat suka bagi orang  yang berpuasa bertambah sifat kemurahan pemberian dalam bulan Ramadhan kerana mengikuti jejak langkah Baginda saw”.
Mari kita kembali merenung firman Allah yang bermaksud :
” Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang–orang yang terdahulu daripada kamu,
 supaya kamu bertaqwa” (Surah al-Baqarah : 183).

    Dalam ayat tersebut Allah SWT menggunakan perkataan ‘        ‘ yang yang bermakna ‘mudah-mudahan atau supaya” . Perkataan  tersebut tidak diputuskan dan tidak  ditetapkan  malah bergantung kepada sikap dan amalan berpuasa. Dengan itu jelaslah bahawa natijah ibadat berpuasa ialah taqwa di mana pada hakikatnya taqwa itulah yang disediakan bagi orang yang berpuasa. Satu persoalan muncul daripada mulut Abu Umamah al-Bahili (r.a) meminta  Rasulullah saw menyuruhnya melakukan sesuatu yang  diterima oleh Allah SWT.
    Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda yang bermaksud :
“Wajib atas kamu berpuasa kerana puasa itu tiada bandingan baginya”.
Abu Umamah mengulangi permintaan itu kali ke-dua maka Rasulullah saw bersabda lagi seperti yang pertama juga dan Abu Umamah meminta kali ketiganya, maka dijawab oleh Rasulullah SAW sepertimana jawapan kali pertama dan keduanya juga. Dengan  jawapan yang berturut-turut dan serupa
daripada Rasululah saw, maka tidak syak lagi bahawa puasa itu tidak ada bandingan pada menyiapkan diri
untuk menuju ke pada tingkat ketaqwaan yang sebenarnya. Dari tinjauan tadi maka dapatlah disimpulkan bahawa puasa itu tidak akan sampai kepada tujuan atau hasilnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT melainkan kita mengetahui hakikat kedudukan puasa serta menetapkan kebenaran niat keikhlasan berpuasa atas tujuan memohon dan meminta keredhaan Allah
SWT semata-mata. Maka  tercapailah cita-cita dan azam yang kuat serta terpancarlah sinaran keimanan dan tercapailah keredhaan Allah bagi seseorang yang beramal sedemikian cara dan niat

09 Ogos 2012

GANJARAN TAAT, SAYANGKAN IBU

UWAIS AL-QARNI tinggal bersama ibunya sudah tua, lumpuh dan buta di Yaman.

Pemuda bangsa Yaman itu bekerja sebagai pengembala binatang ternakan. Beliau bukan saja sangat kasih kepada ibunya tetapi juga taat pada perintah ibunya walaupun terpaksa bekerja keras mencari rezeki. Allah memberi rahmat kepadanya dengan menjadikan binatang ternakannya sihat dan membiak dengan subur.

Pada waktu malam, Uwais menghabiskan masa di rumah untuk merawat ibunya seperti mengambil air minum dan memasak makanan. Beliau sering menjadi sebutan masyarakat.
Apabila tiba seruan Islam ke Yaman, beliau tertarik dengan ajaran agama itu sehingga memeluk Islam. Uwais menemui ketenangan jiwa dan menjadi hamba yang kuat beribadat.
Uwais teringin bertemu Rasulullah saw tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana ibunya sudah tua dan tidak mampu tinggal sendirian. Waktu berlalu, kerinduan Uwais bertambah sehingga beliau menyatakan hasratnya kepada ibunya. Ibu membalas sambil menangis.
“Ibu...! Kenapa ibu menangis? tanya Uwais.
“Ibu terharu! Ibu rasa gembira akan hasratmu. Wahai Uwais! pergilah!” kata ibunya.

Tanpa berlengah, Uwais menyediakan keperluan untuk diri dan ibunya yang akan ditinggalkan selama beberapa hari. Akhirnya beliau tiba di Madinah dan mencari rumah Rasulullah.
Uwais mengetuk pintu tetapi yang menyahut ialah Aisyah kerana Rasulullah sedang berjuang dalam Perang Uhud. Uwais menyampaikan salam kepada Rasulullah dan pulang ke Yaman. Sekembalinya Rasulullah, Aisyah memberitahu mengenai Uwais yang mencarinya.
Rasulullah menyatakan bahawa orang itu adalah pemuda yang taat dan patuh serta sayang kepada ibunya. Dia adalah penghuni langit. Mendengar itu, Aisyah dan sahabat terpegun.
Rasulullah kemudian berkata: “Jika kamu ingin bertemunya, lelaki itu memiliki satu tanda putih di tengah tapak tangannya.” Rasulullah menoleh ke arah Ali dan Umar sambil berkata: “Jika kamu menemuinya suatu hari nanti, mintalah doa dan istighfarnya. Dia adalah penghuni langit.”
Ketika Umar menjadi khalifah, beliau teringat sabda Rasulullah dan mengajak Ali mencari Uwais. Mereka bertanya kepada semua kafilah yang datang berniaga di Madinah.
Tindakan mereka menimbulkan tanda tanya kafilah. Akhirnya mereka menemui Uwais.

Dalam kesempatan itu, Umar membalikkan tangan Uwais untuk melihat tanda yang disebut Rasulullah. “Memang benar! Inilah orangnya,” kata Umar kepada Ali.Sebelum pulang, mereka meminta Uwais mendoakan dan beristighfar untuk mereka.

Apabila Uwais meninggal dunia, ramai orang berebut-rebut untuk menguruskannya.
Uwais memperoleh martabat yang mulia kerana beliau menghormati, memulia dan mencurahkan kasih sayang terhadap ibunya, sikap yang mengangkat darjat manusia di sisi Allah.

SEJARAH DAN FADILAT AYAT KURSI



Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan. Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

08 Ogos 2012

29 Jun 2012 aku bersara


pada 29 Jun 2012, tarikh aku bersara dari SMK Pulau Nyior.
Selamat tinggal kerjaya ku yang ku cintai. 









Aku pencen umur 58 tahun. Tidak sambung sampai umur 60 tahun. Cukuplah sampai usia 58. 

Menurut mereka bila pencen nanti, kita akan kebingungan kerana terlalu banyak masa luang tidak seperti dulu masa bergelumang dengan jihad kerjaya. Sebenarnya kita tidak kekosongan dalam menjalani kehidupan selepas pencen. Macam-macam kerja boleh dilakukan.  Satu hari penuh dengan agendanya tapi tidak terkejar-kejar.... Sekian