19 September 2010

25 Ogos 2010

Tip menjawab soalan Pendidikan Islam SPM

Kepada anakanda pelajar... khususnya murid Tingkatan 5 SMKPN...

Tip nak ingat fakta;

Kalau soalan berbentuk sebab, faktor, mengapa... (apa-apa isu atau tajuk)
ingat kata kunci ini
Kurang ... kurang.... kurang... kurang

(maksudnya
- kurang iman kepada Allah ... maha berkuasa
- kurang didikan ajaran Islam ...
- kurang bergaul dengan alim ulamak
- Kurang jihad mengawal nafsu -- suka ikut hawa nafsu)


Kalau soalan berbentuk cara nak elak.... nak hindar ... nak jauhi

- tambah ... tambah .... tambah ... tambah

(maksudnya...
- Tambah / mantapkan iman ... untuk jalan kebenaran
- tambah /tingkatkan ilmu-ilmu agama islam - benteng maksiat
- Tambah / selalu bergaul dengan alim ulamak - jauhi rakan jahat
- Tingkat jihad melawan nafsu ... amal amalan sunat .. baca al-Quran.


Kalau soalan berbentuk tindakan perlu dilakukan untuk atasi masalah satu isu ...
contohnya: tindakan terhadap rakan yang suka mencuri .

gunakan kata kunci ini
- nasihatkan ...
- Ajak mereka
- Jom sama-sama
- Laporkan ke pihak pentadbiran sekolah --- tindakan disiplin
- Maklumkan / beritahu ... unit kaunseling ---- bimbing jati diri


O.... untuk soalan " kesan / implikasi ...
kata kuncinya

- Allah - Masyarakat - diri sendiri

Maksudnya;
- Allah benci - dosa - dapat neraka
- Masyarakat benci - dipulau
- Diri sendiri tidak tenang --- hidup tidak berkat


Semua istilah ... atau konsep kena hafal maksud ... faham maksud ....barulah boleh jawab soalan yang di kemukakan...

Jangan lupa berdoa kepada Allah... agar terangkan hati, ingatkan apa-apa yang lupa... beri hidayat.... kepada Dialah kita minta tolong.... untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat

sekian

10 Julai 2010

Penyakit dalam diam... berwaspada sebelum kena

Appendik : Bahaya Jika Pecah di Dalam

Jangan pandang ringan jika anda mengalami sakit perut yang luar biasa, terutama di sebelah kanan perut. Walaupun sakitnya tidak lama, tetapi ia kerap berulang.
Biasanya sakit yang seperti itu dianggap 'sakit biasa' dan kita menggunakan rawatan biasa pula, seperti mengurut dengan minyak atau menelan pil penghilang sakit.
Tetapi, masalah biasa bolehjadi luar biasa jika dibiarkan begitu sahaja. Sakit perut di bahagian kanan jangan dianggap sebagai sakit biasa yang boleh dipandang ringan.
Itu mungkin appendik, salah satu penyakit yang kerap menyerang mereka yang 'lalai'. Kerana menganggap ringan, masalah yang boleh diatasi itu mungkin menjadi merbahaya dan boleh membawa maut.
Ramai yang terkena appendik, tetapi jangan bimbang. Selagi kita mengambil tindakan awal untuk mengatasinya, penyakit ini tidak akan mendatangkan kerumitan.
Apa yang penting, kita mesti bertindak sebelum keadaannya menjadi bertambah buruk. Kalau tidak'bertindak segera, ia mungkin bengkak, bernanah dan pecah. Inilah yang ditakuti.
Walaupun sudah kerap didengar, sebenarnya masih ramai yang tidak mengetahui apa sebenarnya penyakit dan masalah appendik. Kami menemui Dr. Ahmad Yusuf Nizam untuk mendapatkan penjelasan mengenai masalah ini.

Apakah sebenarnya penyakit appendik?
Sakit appendik lebih tepat dikenali sebagai Penyakit Appensitis. Appendik adalah merupakan anggota yang tidak berguna yang terdapat di dalam badan. lanya terletak di bawah usus buntu dan berdekatan dengan usus kecil dan usus besar. Penyakit ini boleh terjadi apabila appendik ini terkena jangkitan.

Apakah yang boleh menyebabkan jangkitan tersebut?
Perkara yang boleh menyebabkan jangkitan ini adalah seperti makanan yang tersumbat, pembuangan najis yang tidak lawas, jangkitan kuman dan juga jangkitan cacing.

Bagaimanakah seseorang itu boleh mendapat penyakit ini?
Orang yang makan makanan yang mengandungi terlalu banyak protein contohnya daging, serta mereka yang tidak mengambil makanan harian yang seimbang, dengan mudah boleh mendapat penyakit ini.

Bagaimana pula cara untuk mengelak dari terkena penyakit ini?
Makan makanan yang seimbang terutamanya sayur-sayuran yang mengandungi banyak kandungan fiber. Manakala bagi kanak-kanak digalakkan mereka supaya diberi ubat cacing.

Berapa peratuskah pesakit yang telah mendapat penyakit ini?
Terdapat lebih kurang 60 hingga 80 peratus pesakit penyakit appensitis ini dan mereka selalunya berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Bagaimana pula dengan keadaan si pesakit apabila mereka disyaki telah mendapat penyakit ini?
99 peratus pesakit yang telah mendapat penyakit ini akan merasa sakit di

sebelah kanan bahagian bawah perut. Si pesakit juga mungkin mendapat demam yang ringan, muntah, berak-berak air serta berpeluh.

Tidakkah si pesakit merasa sakit di bahagian badan yang lain?
Pada mulanya si pesakit akan merasa sakit di seluruh perut atau di bahagian ulu hati ataupun di sekeliling pusat. Tetapi selepas 6 hingga 12 jam, si pesakit akan merasa sakit di sebelah kanan bahagian bawah perut.

Bilakah waktunya penyakit ini kerap menyerang?
Sakit appensitis merupakan sakit perut yang lain daripada sakit perut biasa. Sakitnya juga sering berubah-ubah dan berulang-ulang dan kerap menyerang pada waktu malam.

Bagaimana pula dengan tahap merbahaya bagi penyakit ini?
Apabila appendik telah terkena jangkitan, ianya akan membengkak. Tahap yang paling merbahaya adalah bila appendik tersebut pecah. Bila ianya telah pecah, kuman, najis, nanah dan kotoran yang terdapat di dalam appendik yang telah terkena jangkitan ini boleh pula merebak ke kawasan usus.

Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Apabila si pesakit telah berada di peringkat yang parah, penyakit ini boleh membawa maut tetapi bilangan mereka yang meninggal akibat penyakit ini tidak ramai.

Apakah rawatan yang diberikan oleh pihak doktor?
Apabila si pesakit tersebut telah disahkan mendapat sakit appensitis,
segala antibiotik untuk menahan sakit tidak berguna lagi. Rawatan yang paling berkesan untuk si pesakit hanyalah melalui pembedahan untuk membuang appendik yang telah terkena jangkitan itu.

Berapa lamakah masa yang diambil sewaktu pembedahan dijalankan dan berapa lamakah pula si pesakit boleh sembuh sepenuhnya?
Masa yang selalunya diambil untuk melakukan pembedahan sakit appensitis tidak lama iaitu antara setengah hingga satu jam sahaja. Si pesakit pula boleh sembuh dengan sepenuhnya dalam tempoh 6 hingga 7 hari.

Apakah nasihat doktor kepada mere-ka yang mungkin mendapat penyakit ini tetapi mereka tidak mengetahuinya ataupun takut untuk berjumpa dengan pihak doktor?
Tanda-tanda mengenai penyakit ini telahpun diterangkan tadi. Sektranya seseorang itu merasakan bahawa dirinya mempunyai tanda-tanda tersebut, jangan cepat cemas, tetapi sebaliknya mintalah rawatan daripada pihak doktor dengan segera.
Mereka juga tidak seharusnya cuba merawat sakit appensitis ini dengan cara lain kerana rawatan yang paling berkesan bagi penyakit ini hanyalah melalui pembedahan untuk membuang appendik yang telah terkena jangkitan itu.
Pembedahan ini juga tidak mengambil masa yang lama. Oleh itu,seseorang yang merasakan bahawa dirinya mempunyai tanda-tanda sakit appensitis eloklah berjumpa pihak doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

26 Jun 2010

22Jun di Putra Palace, Kangar

22 hingga 24 Jun
Putra Palace, Kangar , Perlis

Kak ram menghadiri bengkel mesyuarat Kawalan Mutu Dokumen Standard Pendidikan Islam Tingkatan 2 anjuran Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran.


03 Jun 2010

Sempat pencuri balas besi depan rumah

6 April 2010
Jam 4.31 petang hampir azan asar, masa tu kak ram ada dalam rumah. Sibuk dengan kerja sekolah yang dibawa balik rumah. Kawak besi sempat balas besi longkang depan rumah.. Depa tak perasan depan rumah kita ada CCTV. ... awas ... kawan-kawan ... mereka tersebut....


28 Mei 2010

Apa dia qiamullail

Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail

Qiamullail - Penjana Jati Diri Mukmin

Mukaddimah

Fizikal, intelek, emosi dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan. Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan daripada sifat mazmudah. Rohani pula dapat dibina dengan memperbanyakkan Ibadan ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Oleh itu Qiamullail merupakan salah satu cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jati diri setiap mukmin. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.

Pengertian

Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

Sejarah Qiamullail

Pada awalnya qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10). Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap Amat Islam. Namur ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (lihat surah al-Muzammil 20)

Hikmah Qiamullail
-Meningkatkan keimanan individu
-Meninggikan darjat di sisi Allah
-Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
-Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
-Melatih diri menjadi insan bertakwa
-Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat
-Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
-Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
-Melatih diri mengharap keredhaan Allah
-Memberi ketenangan jiwa (emosi)
-Memberi kesihatan(fizikal)
-Menajamkan akal fikiran
-Meneguhkan kekuatan rohani
-Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepada-Nya
-Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap)kepada Allah
-Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah

Kelebihan Qiamullail

-Dimakbulkan doanya dan masin perkataan
-Tenang hati dan fikirannya
-Dimurahkan rezeki
-Dihormati masyarakat
-Dilindungi Allah daripada khianat manusia
-Jika dia pemimpin, dia akan disegani
-Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).

Waktu-Waktu Qiamullail

Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.

Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.

”Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”

H.R. Jamaah selain At-Tirmizi

Panduan Bangun Awal

-Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berta selepas waktu Isya’.
-Tidak bekerja terlalu penat pada waktu siang
-Elakkan diri daripada melakukan maksiat
-Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
-Membaca tiga ayat terakhir surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
-Mematuhi adab-adab tidur

Adab-adab Qiamullail

-Berniat sebelum tidur untuk Qiamullail
”Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya.”
H.R. an-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Dahih dairpada Abu Darda’ R.A.

-Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
-Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur.
-Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan Qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran.
-Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai.
-Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiamullail.
”Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah.”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drpd Abu Hurairah R.A.
-Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk.
-Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
-Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
-Solat sunat Tahajjud
”dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
”Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
-Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat sunat yang lain.
-Solat witir
-Berzikir, bertasbih dan bertahmid
-Membaca al-Quran
-Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.

Penutup

Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik-baik ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.

Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ’abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka? Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?... ... .

Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah S.W.T. dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang dipikul..Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita... ... ..dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita...

Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan, kemungkaran, kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang, yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi..

22 April 2010

Program jati diri PI 2010

Kak ram penyelaras program Ikhtiar Rohani untuk sesi petang dan Riadah Rohani untuk sesi pagi

JK Pengurusan Sekolah

Kak ram juga adalah ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah.
Tiga minggu sekali bermesyuarat. Selalunya kami bermesyuarat hari Selasa atau Hari Rabu. Bermula jam 10.30 pagi selesai jam 3 petang. Ada satu hari tu dari jam 2 petang berhenti sekejap solat asar sambung sampai jam 6.00 petang. Banyak pengetua nak sampaikan...

Kak ram beriadah fizikal

7 Mac 2010
Sekolah kak ram sebulan sekali berlangsung aktiviti riadah fizikal. Kami semua kena turun padang pakai sut PJ siap dengan kasut. kak ram pinjam kasut suami. besar tapi orang bukan tengok kasut. Orang nak tengok kita sepakat atau tidak. Join atau sendirian buat tak kesah.

Gambar kak ram tak ada sebab kak ram kena ambil gambar orang tengah beriadah. Kak selang seli join mereka berpoco-poco.
Kami guru dan murid perempuan buat di dewan tertutup.

gambar kemudian

JK Hari Mesyuarat Agung PIBG 2010

25 Mac 2010
Kakram ditugaskan sebagai Ketua Jawatankuasa Sambutan. Disamping itu bolehlah ambil gambar untuk masukkam ke dalam majalah.

Kerja yang ditugaskan tak berat sangat. Sebab dah selalu buat. Satu lagi kami kerja sepakat dengan guru-guru lain.

gambar kemudian

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM 2010

15 Mac 2010

Kak ram menjadi setiausaha Karnival Pendidikan Islam Peringkat PKG Tunjang.
Kak ram susun JK kerja ke atas lima buah sekolah di bawah PKG Tunjang
SMKPN
SMKP TATAR
SMK BBD
SMK P K
SMBPI Kubang Pasu.

Semuanya berjalan lancar. Peserta berjaya akan mewakili ke peringkat daerah Kubang Padu


Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2010

4 Mac 2010

Kak ram Menjadi penyelaras program Maulidur Rasul Peringkat sekolah.
Berbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan
Perarakan mahligai
Selawat Munajat
Persembahan pelajar
Membaca Yasin
Forum

Semuanya berjalan lancar


Pada 3$ April

Mesyuarat di Regency Hotel Alor Setar

Pada 10 hingga 12 Mac

Kak ram bermesyuarat dan berbengkel untuk memurnikan standard Rintis mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan satu dan dua. Penyelaras kami ialah Ustaz Zamri dari PPK Kementerian Pelajaran

31 Mac 2010

Hadiri mesyCKP


Pada 24 Februari 2010

Menghadiri mesyuarat MGCKP

aengha

Walimatul urus anak ke lima

15 Februari 2010

Majlis walimatul urus
Kahwin akan ke lima . Najibah... dengan orang Terangganu... Suhaimi

Letih sungguh hari tu .... lepak dibuatnya...











21 Januari 2010

Siap nak nak kahwinkan anak

Pelan nak mai ke rumah kak ram gc di Jitra Kedah.
Kak ram ni sibuk buat persiapan untuk majlis perkahwinan puteri ke lima kak ram yang akan berlangsung pada 15 Februari 2010. Di jemput rakan taulan...

Singgah di Kuala Kangsar, Perak

Pada 1 Januari 2010, kakram sempat singgah di Kuala Kangsar. Pi ziarah rumah Zainab anak saudara suami. Makan tengah hari di sana.






Selepas solat zohor secara qasar dan jamak, kak ram dibawa ke tempat membuat labu sayong. Maka terbelilah vas untuk untuk hiasan bunga.