12 Disember 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI



Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid."
> Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

11 Disember 2011

Akan pencen tak lama lagi

Kakram tetap akan pencen tahun 2012. Bulan Jun insyaallah. Cukuplah sampai usia 58 dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (guru).

Along dah dapat gelaran Hajah

Along anak ku yang sulung selamat pulang dari tanah suci Mekah. Dah bergelar Hajah dalam usia 32 tahun. Dia sihat dan sejahter. Aku harap anak-anak lain mengikut jejak langkah kakaknya.

Dengar kabar dia akan menimang anak ke empat. Lelaki. Syukur. Bertambah ke 12 cucuku...

Gerhana Bulan 10 Disember 2011


Pada 10 Disember kakramgc pi ziarah anak di Sungai Petani. Dia nak pindah rumah. Nak tolong kemas-kemas baran mengikut tenaga yang kakram terdaya. Malam balik Jitra. Dalam perjalanan  tengok gerhana bulan. Sungguh indah dan taajub kekuasaan Allah swt. Cantik dan indah sekali.

28 Oktober 2011

Renungan

7 PERKARA GANJIL...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.. ...Ihsan dari Nik Zulina

14 Oktober 2011

Syaitan tak habis-habi nak halang niat yang baik

RENONGAN:
Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

ihsan dari rakan gc kelantan- face book Ustazah Nik Zulina

12 Oktober 2011

soalan negeri perlis

Nak dapatkan soalan dan skema Percubaan Pendidikan Islam 2011 negeri perlis
buka laman web ini

atau

Banksoalan.blogspot.com


03 Oktober 2011

Bergegas ke Kota Bharu 29 September 2011

pada 29 September 2011, awal subuh dapat telefon dari anakku di Kelantan, memberitahu isterinya, menantuku telah masuk hospital .... bersalin. Suamiku yang waktu itu menemani ku di hotel Seaview Langkawi dah tak senang duduk.... ke sana kemari berjalan ... dia memang gelabah dan tak senang duduk kalau anak sakit. Aku masih ada satu hari lagi untuk bermesyuarat. Aku tetap bersabar sehingga selesai mesyuarat jam 12.00 tengah hari.

Kami bergegas ke Jeti Kuah membeli tiket. Sepatutnya aku berjanji dengan suami untuk tinggal sehari lagi di Langkawi. Ada barang yang aku nak beli. Hari sebelum tu... hujan setiap hari. Hasrat tersebut terpaksa diabaikan. Di Jeti sempat aku capai empat biji pinggan corelle. Mahal harga di Jeti Kuah. Tak ape lah asalkan ada ole-ole kenangan datang Langkawi.

Feri jam 1.30 petang. Tiket pukul 12.30 dah habis. Satu jam perjalanan ke Jeti Kuala Perlis.
Sampai rumah jam 3.00 petang. Kami solat zohor. Berkemas pula untuk berangkat ke Kota Bharu. Solat asar di Grek. Sampai di Kota Bharu jam 10 malam.
Hari Sabtu jam 9.00 berangkat pulang ke Jitra. Aku terpaksa pulang tak ambil cuti sebab aku nak bercuti lagi untuk menghadiri konvokesyen anak pada 9 Oktober dan 11 oktober untuk menghantar anak bertolak pergi menunaikan haji... sekian...

30 September 2011

Mesyuarat dan bengkel pemurnian Kurikulum standard Ting 2

Bergambar dengan Pengurus Projek
Peserta Lelaki

Peserta Perempuan


27 hingga 29 September, kak ram menghadiri mesyuarat dan bengkel pembinaan Kurikulum Standard Pendidikan Islam tingkatan 2. Di Seaview, Langkawi. Pengurus projek Ustaz Zamri, Ketua Unit BPK (PI) KPM.

Kami dapat bertukar ilmu dan pandangan.

Tapi yang seronoknya petang jam 4.30 ... walaupun hujan, kami sempat bershoping di pekan Kaah... depa-depa mengangkut habis pinggan jenama Corell. Mai pada 27 sept satu beg sandang aje... balik ... masing-masing berteroli.... sakan depa... apa-apa pun tak mengapa ... ... kerja kami buat sampai selesai....

Masa membentang hasil kerja ... hm... sakan kene ... komen... pakar-pakar semua.... mudir ... huh... hebat depa.... itulah mereka tu bakal pemimpin bila... akan datang... tranrformasi...

Pagi-pagi jam 6.20 lepas subuh kami berkumpul di bilik mesyuarat .... sempat mendengar tazkirah dari rakan mesyuarat... Ketua sektor PI pun datang. Kami tak perasan ...kami khusyuk dengar tazkirah dari Ustaz Khairul dan Ustaz Ishak.
Aktiviti macam ini tak pernah lagi di buat... mesyuarat sebelum ni....
Jam 7.15 kami sarapan... jam 8.15 kami bermesyuarat dan berbengkel.

Sebelum majlis penutupan ... sempat kami bergambar ... kenangan.
29 September jam 12 pagi ... mesyuarat selesai....

23 September 2011

Bergambar pada hari raya Fitri 2011

Ini gambar familiku sempena Aidil fitri 2011 / 1432 H

02 September 2011

Bergambar sempena syawal 1432 /2011

kak ram dan anak-anak perempuan.



09 Julai 2011

1 Julai 2011

Terun ke Kuantan, tempat lahir ku. Ziarahi keluarga di sana.

30 Jun 2011 sambuti hari lahir ke 57

Bergerak ke Kuala Terengganu, menziarahi besan di sana dan sambut Hari ulang tahun ke 57 di sana bersama keluarga di Terengganu...

29 Jun 2011

Kesempatan cuti Hari Israk dan Mikraj, kak ram pi ke Kelantan ziarah anakanda Shakir dan cucu serta besan di sana

Kejohanan Balapan dan Padang ke 41

28 Jun 2011 berlangsung Kejohanan Balapan dan Pandang,
Bermula jam 12. 45 tengah hari kami mula berkumpul. Solat zohor dulu.

Kak ram bertugas sebagai Ketua JK Dokumentasi.


25 Jun 2011

Menjadi penyelaras dan penyampai slot cakna solat

25 Jun 2011

Belajar mengambil wuduk



belajar bersolat

24 Jun 2011

Program Lentur Aur - Jerlus

Program Lentur Aur Jerlus ialah program peningkatan prestasi Pendidikan Islam untuk kumpulan Harap Lulus. Mereka ini dihimpun 3 kelas iaitu 5 TABARI, 5 BAITAR DAN 5 BATUTA. Mereka didedah supaya hadir menjawab periksan ke dua-dua kertas pendidikan Islam. Pengisian sukatan memadailah aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Matlamat ialah supaya kumpulan ini lulus sekurangnya gred E iaitu 40 %



Program Lentur Aur - Gemilang


Ia adalah program peningkatan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 5 bagi kelas elit untuk skor gred A.

Kumpulan sasaran ialah tingkatan 5 Avi, 5 Ave dan 5 Rhz.

Masa pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam serentak 3 kelas dihimpun semua murid ke tiga-tiga tersebut di surau atau di bilik komputer atau di dewan untuk menyuntik kaedah belajar berkesan. Isi pelajaran lebih berfokus untuk boleh menjawab soalan peperiksaan. Memberi soalan pengukuhan berfokus.



GC PENDIDIKAN ISLAM BERSEMIMAR.

22 JUN 2011, Semua GC sekolah menengah turun ke PKG Guru Pusat, untuk menghadiri seminar profesionalisme Guru Cemerlang.

9.00 pagi kak ram membentang Pelan Tindakan program Lawatan ke sekolah Rendah Prestasi 2011
10.50 pagi, semua peserta berbengkel.

Pukul 2.45 petang, Ustaz Osman Toroh memberi slot bertajuk GC dan peningkatan profesionalisme.

Selesai jam 5.00 kami berpeluang bergambar dengan tuan Pegawai Jemaah Nazir.

18 Jun 2011

Cuti-cuti hingga ke pengghujung Benua Asia





Pada hari Rabu, 1 Jun Kak ram dan suami bertolak dari Jitra ke KL. Bermalam di sana satu malam. Pagi-pagi bertolak ke Pontian, Johor. Di sana bertemu dengan besan, Wak Dolah. Dah lama tak jumpa dia. Petang kami dan menantu bersiar ke bandar Kukup, dan terus ke Tanjung Piai, di mana tempat itu adalah penghujung Benua Asia. Jauh nun nampak Singapura, sayup.

Banyaknya kenduri minggu pertama cuti



Minggu pertama percutian penggal pertama, kak ram tidak ke mana-mana kerana banyak kenduri yang wajib di hadiri. Ada satu hari tu, ada sebelas jemputan kenduri. Kena hadir sebab semuanya kawan.


Hari Rabu , kena buat kelas tambahan untuk murid tingkatan 5 dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

27 Mei 2011

Sumbangan di PKG Sungai Limau 23 Mei 2011

23 Mei 2011 kak ram kene pi PKG Sungai Limau, Yan. Jauhnya. sesat melilau cari. Al hamdulillah sampai juga 8.50 pagi baru sampai...
Berbincang dengan GC - GC untuk tingkatkan prestasi sekolah-sekolah yang rendah prestasi.
Kak ram bersama dengan GC - GC berikut;
GC Salmiah
GC Rohaya
GC Rashida
GC Roslan





Kak zah ...... majlis pesaraan 25 Mei 2011

25 Mei 2011 adalah last day bagi ustazah Azizah dalam kerjaya gurunya. 30 tahun sebagai guru.
Sekolah adakan majlis khas untuknya.

Kenangan bersama kak zah

Kak ram kenal dia sejak masa belajar di KIK lagi 1972.







23 Mei 2011

Sumbangan di tabur di PKG Sungai Limau, Yan

Hari ini 23 Mei, kena pi PKG Sungai Limau, Yan, bincang pasal bagaimana nak tingkatkan prestasi bagi sekolah yang rendah prestasi di negeri Kedah. Seriau juga kak ram kerana SMKPN tak tara mana prestasinya. Tapi kita cuba sedaya upaya untuk naik kan prestasi PI negeri kedah. Gc kena turun padang. Kubang Pasu dah buat bagi subjek lain. Subjek PI tak buat kerana ia merupakan subjek sisipan sahaja. Tapi merbahaya juga... kalau tak kawal, takut jadi subjek menjerluskan peratus negeri....

Kami takut kera di hutan kita susui, anak di rumah mati kelaparan. Walau gimana pun mai kita cuba...... bergeraj sama dengan ustaz Shauki...

Hari Anugerah Cemerlang pada 5 Mei

Pada 5 Mei telah berlangsung dengan meriahnya majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah. Cantik semua guru pakai baju bertemakan warna hijau pucuk pisang. Idea pengetua.... mujur ada sedia baju dalam almari kalau tidak kena pi butik beli.... warna hijau pucuk pisang susah juga nak cari kainnya.

17 Mei 2011

Sumbangan pembinaan soalan negeri


Pada 27 - 28 April memberi sumbangan bina soalan .... peringkat negeri di BTPN

16 Mei 2011

16 Mei Hari Guru Peringkat Sekolah

Bergaya pada hari guru

Bersama Pengetua

16 Mei 2011, telah berlangsung majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis bermula jam 12 tengah hari dengan acara perarakan guru-guru masuk ke dewan. Penyampaian ucapatan wakil guru, wakil pelajar, pengetua dan perutusan dari pengarah dan KPM. Guru-guru berikrat dan menyanyikan lagu Guru Malaysia. Majlis berhenti rehat untuk jamuan dan solat. Pukul 2.00 disambung semula dengan persembahan, siaran langsung Majlis Hari Guru peringkat Kebangsaan melalui Tv. Majlis disambung dengan acara penyampaian anugerah dan hadiah untuk guru. Ustazah Siti Aida bt. Saidin dinobatkan sebagai guru paling popular tahun 2011. Tahniah.

11 Mei 2011

10 - 12 Mei Bina Dokumen standard T3





Hari ni berkumpul dengan tokoh ilmuan dalam bidang pendidikan Islam bina dokumen standard tingkatan 3 di Putra Palace, Perlis.

Seronok dapat langksanakan program amali haji

23 Mac kak ram sebagai ketua Panitia PI, bersama semua guru PI SMKPN turun padang melaksanakan program penghayatan Amali Haji. Seramai 15o murid dari tingkatan 4 menyertai program tersebut. Terima kasih kepada semua fasilitator dan mutawif

12 April 2011

27 Mac 2011 dapat cucu ke 10

Lupa kak ram nak cerita.
Pada 27 Mac, kak ram balik awal, sama dengan pelajar balik. Biasanya jam 3.00 baru balik sekolah. Hari tu gegas balik. Rasa tak sedap sahaja. Rupanya suami dah tunggu nak pi Sungai Petani, Anak kakram, Una sakit. Lepas solat zohor bergegas ke Hospital Sungai Petani. Jam 8.00 malam, di maklumkan selamat melahirkan anak perempuan. Cucu kak ram ke 10. Syukkur

Jadi S/U HAC 2011

Hari Anugerah di cadangkan pada 28 April 2011. Kak ram kena siapkan kertas cadangan untuk tujuan tersebut. Mujurlah Pn. Aishah dan Pn. Aida tolong setkan AJK tahun ni... tak gaduhlah kak ram nak fikir lagi... tugas kak ram susun dan murnikan sahaja. Syukur ramai kawan faham dengan keadaan kak ram yang agak sibuk sikit... Kertas cadangan tersebut siap pada hari
Sabtu pagi 9 April terus emelkan kepada Pn. Aishah untuk tindakan seterusnya.

Hari Ahad 10 April lepas sekolah, taip surat panggilan untuk mesyuarat HAC. Kena ligan pengetua nak tandatangan. Mujur sempat. Surat telah bertandatangan pengetua. Fotostas 30 salinan. Serah kepada Amir untuk dimasukkan ke pigon hole guru. Kak ram pulang rumah jam 3.30 petang. Balik lepas solat zohor ... lepak berdengkor katanya... letih.

mesyuarat Agung PIBG 2011

Menjadi AJK Kerja bahagia sambutan bagi Mesyuarat Agung PIBG pada 6 April 2011.
Hari tu cadang nak balik awal jam 11 pagi. Tapi singgah pejabat tengok PK dengan GK Bahasa sibuk masukkan maklumat SKPM bahagian pemantauan guru. Oleh tu kak ram balik jam 12 tengah hari. Apa pun sempat letak badan, rehat. Bergegas bersiap untuk pi semula ke sekolah. Solat zohor... lepas tu terus ke sekolah. Tok pengarah dah sampai. Tapi depa dijamu makan di bilik pengetua. Sempatlah kak ram setting budak kompang dan pengawas iringan. Jam 2.30 berarak ke Dewan... alhamdullah berjalan lancar... Masa mesyuarat hujan lebat.... risau juga... selesai mesyuarat , hujan reda... syukur.

21 Mac 2011

Penyelaras al-Falah 2011

21 Mac ke Kodiang, PKG.... melaksanakan proses pemurnian bahan al-Falah..

Melancung ke Beijing

10 hingga 14 Mac 2011
Kak ram dan rakan-rakan guru daerah Kubang Pasu melancung ke Beijing. Melihat keindahan alam ciptaan Allah di sana. Great Wall, Forbiden City, Stadium Olimpik, tempat perusahaan metalic, batu jad, mutiara, pembuatan teh, Taman Panda dan banyak lagi. Kami juga dipertunjukkan budaya Acrobatik dan Kongfu.

Makan dan minum di Restoran Islam. Solat di Masjid. Ruang solat disediakan bersebelahan restoran tempat kami makan jika berjauhan dengan masjid.

Sejuk. Puas hati .... sakit mulut ... sebab perubahan cuaca. Sakit pinggang sebab lama dalam kapal terbang dan bas.
ok..

05 Mac 2011

Berwacana dengan jemaah nazir

16 Februari menghadiri wacana Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang Daerah Kubang Pasu dengan Jemaah Nazir di Wisma Persekutan, Anak Bukit, Alor Star Kedah.

Pembimbing permata Rohani

Setiap perhimpunan hari Ahad, seorang murid ditugaskan untuk memberi tazkirah. Biasanya tajuk yang disampaikan bersekitaran dengan adab-adab seorang murid.

Penyelaras Program Riadah Rohani 2011

Setiap hari jam 7.30 hingga 7.45 pagi murid-murid berkumpul di surau untuk melaksanakan aktiviti Riadah Rohani. Pengisiannya ialah latihan berzikir, ayat hafazan dan tazkirah.

Mesyuarat kurikulum jadi Penolong setiausaha

8 Januari 2011 menghadiri mesyuarat Jawatankuasa kokurikulum 1 .... aku menjadi penolong setiausaha ... tugasnya mencatat minit mesyuarat.

Riadah fizikal menyihatkan badan yang dah senja




23 Januari 2011 sama-sama dengan guru SMKPN beriadah fizikal

Mesyuarat pertama bertempat di Pulau Pisang

26 Disember 2010
Menghadiri mesyuarat guru pertama 2011

19 Februari 2011

LDP kedua Panitia PI jadi jugak...

LDP - Liqaul ilmi. ( berjumpaan mendapatkan ilmu)
19 Februari 2011 jam 10.30 pagi kami mula berkumpul di Restorant Bendang D' Kelubi, sempena jamuan untuk ustazah Siti Rodzoh, kami sempat melaksanakan wacana bersama ketua Panitia dan slot bertajuk :Liqaul ilmi. Turut hadir dalam perjumpaan majlis ilmu itu ialah Prof Madya Tuan Haji Ab. Rahman bin Mustafa dari Kolej Universiti Insaniah.

Pukul 12.45 orang yang diraikan iaitu Ustazah Siti Rodzoh baru sampai. Sebelum menjamu selera tengah hari Ketua Panitia memberi ucapan kemudian ucapan Ustazah Siti Rodzoh seterusnya ucapara penyampaian cenderahati. Ustaz Ishak Aziz membaca doa selamat dan semua ahli panitia dan tetamu-tetamu diraikan menjamu selera. Majlis bersurai pada pukul 2.30 petang.

Terima kasih kepada urusetia program - Ustazah Wan Nornajmiwati bin Wan Ab. Rahman.

16 Februari 2011

Wacana dengan Jemaah Nazir .........

Hari ini 16 Februari sepatutnya Kak ram kena pi hadiri mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Daerah SMK Sanglang. Terpaksa batal kan dan digantikan kepada Ustazah Siti Aida... mujurlah dia sudi menggantikan kak ram. Dia tu panitia lantik sebagai Timbalan Ketua Panitia.

Jam 2.30 petang, kak ram sampai di Wisma Persekutuan, Anak Bukit. Mencari-cari blok Jemaah Nazir Jaminan Kualiti. Tanya mak cik jaga di situ. Blok C tingkat 2. Kak ram pun cari lift. Sambil cari , telefon Cikgu Sobri. Rupanya depa dah ada di atas. Dah ada bersama-sama MGC Pendang.

Puas hati berwacana dengan Jemaah Nazir. Tanya ini tanya itu. Kami setiap GC kena perkenalkan diri. Perjumpaan selesai dengan jamuan petang.

Rumusannya... kami nak mai lagi...

11 Februari 2011

Berkuku panjang ke....

Dosa Berkuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggunguntuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti
memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.