Tugas Guru
Tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut;
- Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dan boleh mengajarmata
pelajaran yang telah ditetapkan untuknya - Melengkapkan segala butiran yang diperlukan dalam Buku Persediaan Mengajar dan
menyerahkan kepada Guru Besar / Pengetua pada bila-bila masa yang
diperlukannya. - Mengambil tahu akan
perubahan yang berlaku dalam sukatan pelajaran dan format
soalan. - Menyampaikan bahan-bahan pelajaran dengan menggunakan kaedah yang paling berkesan.
- Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing dan merekodkan pengajaran dalam Buku Rekod Mengajar.
- Merancang kerja-kerja rumah bagi pelajar dengan secukupnya dan memastikan pelaksanaannya berkesan.
- Memeriksa buku-buku latihan pelajar dan menghantar buku-buku latihan tersebut kepada Guru Besar / Pengetua apabila dikehendaki untuk berbuat demikian.
- Mengadakan ujian bulanan
dan merekodkan markah ke dalam Buku Rekod
Pengajar. - Menyediakan soalan-soalan
peperiksaan dan memeriksa jawapan-jawapan mengikut skema yang telah ditentukan dan memberi markah peperiksaan kepada guru-guru kelas. - Menganalisis keputusan semua
ujian bulanan dan peperiksaan sekolah dan awam bagi mata pelajaran yang diajar. - Mengambil berat terhadap kemajuan dan pencapaian para pelajarnya.
- Menanam semangat
kepimpinan, kesedaran sivik dan akhlak yang baik dan mulia di kalangan para pelajarnya. - Mengadakan kelas-kelas tambahan dan pemulihan bagi para pelajar yang
lemah. - Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikendalikan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Menghadiri mesyuarat mesyuarat yang diadakan oleh Ketua Panitia.
- Mengawasi ujian dan peperiksaan yang diadakan dengan penuh perhatian untuk mengelakkan penyelewengan.
- Menilai pencapaian akademik pelajar dan mengesan segala kelemahan dan kekuatan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan
pembelajaran. - Melaksanakan tugas-tugas lain yang yang diarahkan oleh Guru Besar atau Pengetua dari semasa ke semasa.
- Lain-lain yang berkaitan
.
1 ulasan:
Asalamualaikum Ustazah, peranan guru yang ustazah catatkan begitu lengkap khususnya kepada khalayak sasarnya iaitu pelajar.
Bagaimana pula pandangan ustazah tentang peranan guru dalam masyarakat. Satu masa dulu guru adalah penggerak masyarakat, aktif dalam pertubuhan sukarela, membantu masyarakat menyelesaikan masalah dan berbagai lagi, pendek kata guru adalah agen perubahan dalam bidang pendidikan dan lain-lain lagi.
Sekatang ini, guru sudah menjadi insan yang setara dengan masyarakat lain. Apakah kerana tahap pendidikan masyarakat yang semakin tinggi atau sikap guru sekarang tek seperti dulu lagi
Catat Ulasan