05 April 2009

2 April jam 10.30 malam jam berdering. Aku belum tidur lagi. Telefon dari kampungku. Adik ku yang membuat. Dia beritahu atukku telah meninggal dunia jam 10.00 tadi. Aku terpinga-pinga. Tak tau nak buat apa. Aku seorang di rumah. Suamiku di Kota Bharu, Kelantan menziarahi abangnya yang sakit. Aku telofon suamiku. Dia suruh aku pulang kampung malam itu dengan flight. Aku telefon anakku di Kangar. Dia oncall di hospital. Aku telefon menantuku dia berada di Langkawi, ada program ceramah di sana. Menantu booking tiket flight esok 3 April. Flight jam 3.30 petang, kemudian ambil flight ke kuantan pula. Katanya sampai jam 8.00 malam. Aku terfikir pada bas UTAMA ke Kuantan. Bas itu dah bertolak jam 7.30 malam.

Aku terkebil-kebil seorang. Suamiku yang baru sampai di Kota Bharu, bergegas balik hari Jumaat. Balik Jitra. Dia sampai jam 4.00 petang. Dia ambil aku. Kami bertolak ke Kuantan jam 4.30 petang. Dia keletihan. Kami singgah tidur di KL. Pagi esok, hari Sabtu, subuh kami bertolak ke Kuantan kemudian terus ke Pekan, Pahang. Kami pergi terus ke kubur atuk ku. Baca doa ke atasnya. Tanah masih merah dan basah lagi.

Maghrib kami sekeluarga membaca yasin dan tahlil untuknya.

Aku sayang atukku. Masa kecil aku tinggal dengannya. Dia beri belanja sekolah pada ku. Dia masak nasi dan dia rajin buat kuih.

Allah sayang pada dia. Umurnya telah 95 tahun. Moga-moga Allah merahmatinya dan

1 ulasan:

Unknown berkata...

Takziah di atas pemergian atuk. Moga dikumpulkan didalam orang yang mendapat rahmat Allah