24 Julai 2009

Pi Langkawi pula

20 Julai 2009
Pagi-pagi dah bertolak ke jeti Kuala Perlis. Beli tiket nak pi Langkawi. Tujuan pi ak urus pendaftaran anak saudara dari Baling. Mendaftar di Kolej Komuniti. Ambil kursus perhotelan.

Hari tu kami pusing-pusing Pekan Langkawi. Pergi Under Water World. Tak seindah dulu tempat ikan tu. Tak de dah ikan yang besar-besar. Pi juga Kubur Mahsuri. Depa tu tak pernah mai lagi Pulau Langkawi.

Kami tidur di Chalet Charlie, Pantai Cenang. Dekat benar dengan laut. Rasa takut juga. Manalah tau berlaku sunami lagi. Tapi bila dah tidur tak sedar apa-apa pun.


Gambar ada nanti kakramgc paparkan kemudian;

Tiada ulasan: