03 Oktober 2011

Bergegas ke Kota Bharu 29 September 2011

pada 29 September 2011, awal subuh dapat telefon dari anakku di Kelantan, memberitahu isterinya, menantuku telah masuk hospital .... bersalin. Suamiku yang waktu itu menemani ku di hotel Seaview Langkawi dah tak senang duduk.... ke sana kemari berjalan ... dia memang gelabah dan tak senang duduk kalau anak sakit. Aku masih ada satu hari lagi untuk bermesyuarat. Aku tetap bersabar sehingga selesai mesyuarat jam 12.00 tengah hari.

Kami bergegas ke Jeti Kuah membeli tiket. Sepatutnya aku berjanji dengan suami untuk tinggal sehari lagi di Langkawi. Ada barang yang aku nak beli. Hari sebelum tu... hujan setiap hari. Hasrat tersebut terpaksa diabaikan. Di Jeti sempat aku capai empat biji pinggan corelle. Mahal harga di Jeti Kuah. Tak ape lah asalkan ada ole-ole kenangan datang Langkawi.

Feri jam 1.30 petang. Tiket pukul 12.30 dah habis. Satu jam perjalanan ke Jeti Kuala Perlis.
Sampai rumah jam 3.00 petang. Kami solat zohor. Berkemas pula untuk berangkat ke Kota Bharu. Solat asar di Grek. Sampai di Kota Bharu jam 10 malam.
Hari Sabtu jam 9.00 berangkat pulang ke Jitra. Aku terpaksa pulang tak ambil cuti sebab aku nak bercuti lagi untuk menghadiri konvokesyen anak pada 9 Oktober dan 11 oktober untuk menghantar anak bertolak pergi menunaikan haji... sekian...

Tiada ulasan: