11 Disember 2011

Along dah dapat gelaran Hajah

Along anak ku yang sulung selamat pulang dari tanah suci Mekah. Dah bergelar Hajah dalam usia 32 tahun. Dia sihat dan sejahter. Aku harap anak-anak lain mengikut jejak langkah kakaknya.

Dengar kabar dia akan menimang anak ke empat. Lelaki. Syukur. Bertambah ke 12 cucuku...

Gerhana Bulan 10 Disember 2011


Pada 10 Disember kakramgc pi ziarah anak di Sungai Petani. Dia nak pindah rumah. Nak tolong kemas-kemas baran mengikut tenaga yang kakram terdaya. Malam balik Jitra. Dalam perjalanan  tengok gerhana bulan. Sungguh indah dan taajub kekuasaan Allah swt. Cantik dan indah sekali.

28 Oktober 2011

Renungan

7 PERKARA GANJIL...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.. ...Ihsan dari Nik Zulina

14 Oktober 2011

Syaitan tak habis-habi nak halang niat yang baik

RENONGAN:
Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

ihsan dari rakan gc kelantan- face book Ustazah Nik Zulina

12 Oktober 2011

soalan negeri perlis

Nak dapatkan soalan dan skema Percubaan Pendidikan Islam 2011 negeri perlis
buka laman web ini

atau

Banksoalan.blogspot.com


03 Oktober 2011

Bergegas ke Kota Bharu 29 September 2011

pada 29 September 2011, awal subuh dapat telefon dari anakku di Kelantan, memberitahu isterinya, menantuku telah masuk hospital .... bersalin. Suamiku yang waktu itu menemani ku di hotel Seaview Langkawi dah tak senang duduk.... ke sana kemari berjalan ... dia memang gelabah dan tak senang duduk kalau anak sakit. Aku masih ada satu hari lagi untuk bermesyuarat. Aku tetap bersabar sehingga selesai mesyuarat jam 12.00 tengah hari.

Kami bergegas ke Jeti Kuah membeli tiket. Sepatutnya aku berjanji dengan suami untuk tinggal sehari lagi di Langkawi. Ada barang yang aku nak beli. Hari sebelum tu... hujan setiap hari. Hasrat tersebut terpaksa diabaikan. Di Jeti sempat aku capai empat biji pinggan corelle. Mahal harga di Jeti Kuah. Tak ape lah asalkan ada ole-ole kenangan datang Langkawi.

Feri jam 1.30 petang. Tiket pukul 12.30 dah habis. Satu jam perjalanan ke Jeti Kuala Perlis.
Sampai rumah jam 3.00 petang. Kami solat zohor. Berkemas pula untuk berangkat ke Kota Bharu. Solat asar di Grek. Sampai di Kota Bharu jam 10 malam.
Hari Sabtu jam 9.00 berangkat pulang ke Jitra. Aku terpaksa pulang tak ambil cuti sebab aku nak bercuti lagi untuk menghadiri konvokesyen anak pada 9 Oktober dan 11 oktober untuk menghantar anak bertolak pergi menunaikan haji... sekian...

30 September 2011

Mesyuarat dan bengkel pemurnian Kurikulum standard Ting 2

Bergambar dengan Pengurus Projek
Peserta Lelaki

Peserta Perempuan


27 hingga 29 September, kak ram menghadiri mesyuarat dan bengkel pembinaan Kurikulum Standard Pendidikan Islam tingkatan 2. Di Seaview, Langkawi. Pengurus projek Ustaz Zamri, Ketua Unit BPK (PI) KPM.

Kami dapat bertukar ilmu dan pandangan.

Tapi yang seronoknya petang jam 4.30 ... walaupun hujan, kami sempat bershoping di pekan Kaah... depa-depa mengangkut habis pinggan jenama Corell. Mai pada 27 sept satu beg sandang aje... balik ... masing-masing berteroli.... sakan depa... apa-apa pun tak mengapa ... ... kerja kami buat sampai selesai....

Masa membentang hasil kerja ... hm... sakan kene ... komen... pakar-pakar semua.... mudir ... huh... hebat depa.... itulah mereka tu bakal pemimpin bila... akan datang... tranrformasi...

Pagi-pagi jam 6.20 lepas subuh kami berkumpul di bilik mesyuarat .... sempat mendengar tazkirah dari rakan mesyuarat... Ketua sektor PI pun datang. Kami tak perasan ...kami khusyuk dengar tazkirah dari Ustaz Khairul dan Ustaz Ishak.
Aktiviti macam ini tak pernah lagi di buat... mesyuarat sebelum ni....
Jam 7.15 kami sarapan... jam 8.15 kami bermesyuarat dan berbengkel.

Sebelum majlis penutupan ... sempat kami bergambar ... kenangan.
29 September jam 12 pagi ... mesyuarat selesai....

23 September 2011

Bergambar pada hari raya Fitri 2011

Ini gambar familiku sempena Aidil fitri 2011 / 1432 H

02 September 2011

Bergambar sempena syawal 1432 /2011

kak ram dan anak-anak perempuan.



09 Julai 2011

1 Julai 2011

Terun ke Kuantan, tempat lahir ku. Ziarahi keluarga di sana.

30 Jun 2011 sambuti hari lahir ke 57

Bergerak ke Kuala Terengganu, menziarahi besan di sana dan sambut Hari ulang tahun ke 57 di sana bersama keluarga di Terengganu...

29 Jun 2011

Kesempatan cuti Hari Israk dan Mikraj, kak ram pi ke Kelantan ziarah anakanda Shakir dan cucu serta besan di sana