06 Mac 2009


Hari Rabu, 18 Feb 2009,

sekolah ku SMK Pulau Nyior, Jitra mengadakan Hari Kejohanan Olahraga ke 39. Hari itu, kami warga SMKPN sibuk membuat persiapan dari pagi. Pukul 2.00 petang, kami bersedia di Padang. Allah yang Maha Mengetahui betapa panasnya hari itu. Kami tetap laksanakan program kejohanan itu. Aku pakai cermin mata hitam. Rasa redup juga hari tu. Ku rasa handbagku, pasal apa panas berbahang handbag ku. O... rupanya hari panas. teramat panas. Hitam sun burn muka kawan-kawan guru. Tapi mereka tetap gembira di padang. Habis acara pukul 6.00 petang. Masing-masing guru-guru ambil giliran pi solat asar di surau. Ibadat kepada Allah tak dilupakan walaupun sibut dengan tugas.

Hari keesokannya, kami diberi cuti. Hari Khamis. Aku mengambil kesempatan itu, balik kampung. Kampungku Pahang Tua, Pekan, Pahang. Memang lama dah hati ni nak balik jumpa tok yang aku sayang. Dulu masa aku kecil - budak.... aku selalu pi balik kampung rumah tok.

Bila balik kampung rumah tok, rasa tak nak balik rumah. Rumah tok macam-macam ada. Tok rajin buat kuih. Makcik Leha, mak saudara ku rajin bawa jalan-jalan. Tapi kini masing-masing dah tua. Aku pun dipenghujung usia.

Tok aku tak kurang usianya hampir 100 tahun. Tapi dia sihat. Tak sakit. Tetap ingat. Dia kuat mengaji Quran.
Tok aku itu matanya tak nampak...buta.... Dia buta sejak aku umur 7 tahun. Dia cam suara aku. Belas hati ku bila menemuinya. Apakan daya aku, aku tinggal di Jitra. Hanya telefon saja menghubungi mereka.

Hari tu aku puas hati dapat menyuap makanan kepada nya.

Aku tidak boleh lama di rumah tok. kerana aku hendak menziarahi adik ipar ku. Dia sakit jantung. Bila aku datang ziarahinya, nampak dia gembira.

Kita hendaklah selalu ziarah menziarahi ... memupuk sillaturahim .... lahir kasih sayang ... perpaduan.

wassalam. jumpa lagi


03 Mac 2009

Modul pengajaran kaedah lakunan
di bawah ini saya cipta skrip drama yang boleh dilakunkan oleh pelajar di dalam kelas sebagai inovasi dan dapat menjadikan pembelajaran menyeronokkan.
Pembelajaran tingkatan 5 tajuk - konsep iddah dalam bab penyelesaian masalah rumah tangga


KONSEP IDDAH

Zawiyah

Assalamualaikum, tuan haji.

Pegawai Agama

Waalaikumussalam. Sila masuk

Zawiyah

Terima kasih.

Pegawai Agama

Boleh saya bantu puan. Terangkan apa masalah puan.

Zawiyah

Saya ada masalah tentang Iddah. Saya baru sahaja dicerai oleh suami saya seminggu sudah.

Pegawai Agama

O…. begitu ke…
Puan, iddah pada bahasa
bermaksud tempoh pengiraan.
Pada istilah bermaksud

Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri disebabkan bercerai dengan suami.

Zawiyah

O… itu ke maksud iddah. ... iaitu
Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri disebabkan bercerai dengan suami.

Pegawai Agama

Puan, Iddah ni ada dua jenis

- Idah kematian suami.

- Idah penceraian

Zawiyah

Boleh tak tuan terang Iddah disebabkan penceraian hidup.

Pegawai Agama

Boleh apa salahnya…

Jika dicerai disebabkan penceraian hidup.

Kita lihat ikut status isteri tu.

Kalau dia hamil, iddahnya sehingga melahirkan anaknya.

Kalau dia tidak hamil, iddahnya tiga kali suci

Kalaulah perempuan itu telah putus haid, iddahnya tiga bulan

Kalau belum disetubuhi, tiada iddah.

Zawiyah

O…. macam tu ke …

Jadi iddah saya ialah tiga kali suci. Betul tak, tuan.

Pegawai Agama

Tepat sekali.

Zawiyah

Macam mana pula bagi iddah kawan saya bercerai kerana kematian suaminya.

Pegawai Agama

Iddah kerana kematian suaminya.

Kalau dia hamil, iddahnya sehingga melahirkan anaknya.

Kalau dia tidak hamil, iddahnya empat bulan sepuluh hari

Kalaulah perempuan itu telah putus haid, iddahnya empat bulan sepuluh hari

Kalau belum disetubuhi, empat bulan sepuluh hari

Zawiyah

Tuan, mengapakah ada beza tempoh jenis-jenis iddah itu.

Pegawai Agama

O… tempoh jenis-jenis iddah dibezakan kerana sebab tertentu…

- Untuk membersihkan rahim perempuan daripada benih dengan bekas suaminya.

- Bertujuan untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungannya.

- Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan.

-

Zawiyah

O… tempoh jenis-jenis iddah dibezakan kerana sebab tertentu… itu ...

- Untuk membersihkan rahim perempuan daripada benih dengan bekas suaminya.

- Bertujuan untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungannya.

- Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan.

Tuan, apakah hikmat disyariatkan iddah

Pegawai Agama

O… hikmat disyariatkan iddah

- Untuk mengelakkan percampuran benih apabila bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

- Memberi peluang berbaik semula.

- Memberi peluang kepada suami isteri berfikir untuk rujuk semula

- Menzahirkan kepentingan ikatan perkahwinan.

- Sebagai tanda bersedih dan berkabung kerana kematian suami.

- Untuk memberi ketenangan jiwa

Zawiyah

O … hikmat disyariatkan iddah ialah

- Untuk mengelakkan percampuran benih apabila bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

- Memberi peluang berbaik semula.

- Memberi peluang kepada suami isteri berfikir untuk rujuk semula

- Untuk memberi ketenangan jiwa

Pegawai Agama

Itulah matlamat iddah disyariatkan

Zawiyah

Terima kasih tuan. Assalamualaikum

Pegawai Agama

Sama-sama. Waalaikumussalam.

sila aply di dalam kelas anda. jumpa lagi dari kak ram

05 Februari 2009

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam (M) bersama Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah.

04 Februarii 2009. Aku ke sekolah seperti biasa. Hari Rabu. Aku memang free sepanjang hari itu.
Pagi, jam 7.20 aku ke surau As-Saadah, seperti hari-hari lain. Murid-murid ku pelajar tingkatan empat telah menungguku. Seperti biasa mereka berzikir dan diakhiri dengan Asmaul Husna.

Aku hanya membimbing mereka. Memantau mereka. Mereka diketuai oleh empat orang Rakan Muda Surau yang telah di lantik. Tugas mereka menjadi ketua dan menyelaras program itu. Aku gembira dan besar hati kerana murid-murid boleh berzikir, boleh berdisiplin, boleh duduk sopan dalam majlis. Aku akan terus cuba untuk menjadikan murid-murid ku supaya menjadi insan yang boleh menjadi modal dalam kehidupan masyarakat.

Pukul 12.50 tengah hari aku gegas pulang ke rumah. Dakwat printer sekolah dah habis. Aku cetak perancangan Tahunan Panitia Daerah Kubang Pasu 2009 untuk di tunjuk kepada Setiausaha Panitia PI Daerah, Ustaz Ahmad Awang.

Lepas solat zohor, aku pun ke kereta nak pergi ke SMK Sanglang. Lama sungguh aku memandu. Dari Jitra ke Sanglang dekat negeri Perli. Aku sampai pada jam 2.15 petang. Alhamdullah.
dalam kereta aku menalifon suamiku maklumkan aku dah sampai. Tanda ingatkan suami.

Sedap mee kuah yang di buat oleh Pak Ngah kantin SMK Sanglang. Maklumlah tadi tak berapa sempat makan di SMK Pulau Nyior.

Puas hati taklimat yang disampai oleh Ustaz Roshdan, pegawai Sektor Pendidikan Islam. Mula dia cakap Arab. Hebat. Satu satu dia terang fasal analisis PMR kemudian perancangan nak buat.
Dia kata nak panggil aku sembang-sembang dengan guru-guru PI fasal kecemerlangan akademik. Boleh, sekurang-kurang dapat sillaturahim dengan mereka. Nak datang tengok aku mengajar boleh juga. Tapi maklumlah dulu. sekian dulu.

09 Januari 2009

Tugas guru

Tugas Guru

Tugas guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut;

  • Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dan boleh mengajarmata
    pelajaran yang telah ditetapkan untuknya
  • Melengkapkan segala butiran yang diperlukan dalam Buku Persediaan Mengajar dan
    menyerahkan kepada Guru Besar / Pengetua pada bila-bila masa yang
    diperlukannya.
  • Mengambil tahu akan
    perubahan yang berlaku dalam sukatan pelajaran dan format
    soalan.
  • Menyampaikan bahan-bahan pelajaran dengan menggunakan kaedah yang paling berkesan.
  • Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing dan merekodkan pengajaran dalam Buku Rekod Mengajar.
  • Merancang kerja-kerja rumah bagi pelajar dengan secukupnya dan memastikan pelaksanaannya berkesan.
  • Memeriksa buku-buku latihan pelajar dan menghantar buku-buku latihan tersebut kepada Guru Besar / Pengetua apabila dikehendaki untuk berbuat demikian.
  • Mengadakan ujian bulanan
    dan merekodkan markah ke dalam Buku Rekod
    Pengajar.
  • Menyediakan soalan-soalan
    peperiksaan dan memeriksa jawapan-jawapan mengikut skema yang telah ditentukan dan memberi markah peperiksaan kepada guru-guru kelas.
  • Menganalisis keputusan semua
    ujian bulanan dan peperiksaan sekolah dan awam bagi mata pelajaran yang diajar.
  • Mengambil berat terhadap kemajuan dan pencapaian para pelajarnya.
  • Menanam semangat
    kepimpinan, kesedaran sivik dan akhlak yang baik dan mulia di kalangan para pelajarnya.
  • Mengadakan kelas-kelas tambahan dan pemulihan bagi para pelajar yang
    lemah.
  • Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikendalikan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Menghadiri mesyuarat mesyuarat yang diadakan oleh Ketua Panitia.
  • Mengawasi ujian dan peperiksaan yang diadakan dengan penuh perhatian untuk mengelakkan penyelewengan.
  • Menilai pencapaian akademik pelajar dan mengesan segala kelemahan dan kekuatan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan
    pembelajaran.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang yang diarahkan oleh Guru Besar atau Pengetua dari semasa ke semasa.
  • Lain-lain yang berkaitan

.

Peranan Guru

Peranan guru

Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya.

Prinsip utamanya seorang guru mesti faham bahwa tugas mengajar dan mendidik serta meneladan adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad iaitu menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kebodohan, kebebalan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Kerja mengajar pula adalah sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas.

Dalam Islam tugas guru dikelaskan sebagai:
Al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar
Al-murabbi : menjayakan proses tarbiah
Al-mu'addib : mengajarkan adab dan budi pekerti
Al-mursyid : membentuk kepimpinan insan
Al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran

Seorang guru sentiasa berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi. Guru yang perkasa bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang kepada janji, tetap tidak akan mengkhianati tugasnya atau murid-muridnya. Guru yang berpekerti mulia seharusnya menerima setiap pelajar dengan baik dan bersedia membantunya.

Guru sebagai pendidik perlu mempunyai iltizam yang lebih untuk melaksanakan aktiviti bagi mencapai aspirasi-aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang baru, guru harus lebih bersedia untuk melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran baru bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Guru yang berpandangan futuristik akan sentiasa menokok tambah ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel. Dia sentiasa menyedari perkembangan baru dalam arena pendidikan dan dapat memainkan peranan sebagai seorang inovator.

Guru hendaklah sentiasa menekankan unsur perpaduan, keprihatinan, ikram, berbudi bahasa, berkeupayaan bersaing dan berdikari dalam kegiatan pengajaran dan pembelajarannya. Unsur warisan kebudayaan negara hendaklah diserapkan ke dalam di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan harus mirip ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Unsur bersatu padu hendaklah sentiasa ditekankan oleh guru dalam segala kegiatan yang dikendalikannya dan cuba memastikan pelajar-pelajar pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Unsur demokratik juga perlu disemai dalam proses pengajaran dan pembelajarannya kecuali dalam hal-hal tertentu pelajar boleh diberi peluang untuk membuat keputusan.

Guru sewajarnya menitikberatkan nilai-nilai disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran seperti ketepatan masa, bersopan santun, bertimbang rasa, tolong menolong, prihatin dan bekerjasama di kalangan pelajarnya yang mana amalan ini akan membolehkan para pelajar membesar menjadi ahli-ahli masyarakat yang bersifat penyayang dan berdisiplin.

Sebagai golongan orang-orang yang berilmu pengetahuan dan terlatih guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga mestilah berkebolehan menggunakan teknologi komputer secara kreatif dan inovatif. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan kualtiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depan kerjaya mereka.

Jadi menyediakan diri menjadi guru yang profesionalisma perlukan latihan dan latihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila sahaja jika ada peluang dan kesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahajalah seseorang guru itu mampu menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan globalisasi.

Oleh itu selaku guru sewajarnya menyedari hal ini dan oleh kerana itu juga amat penting diingat bahawa apa jua yang kita buat dan apa jua yang kita tidak buat akan mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Dalam banyak senario kita boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana guru yang dikatakan seorang guru yang tidak jemu apabila sentiasa menampilkan sikap dan perlakuan positif seperti datangnya awal baliknya lewat; atau seorang guru yang tidak jemu mengajar biarpun berhadapan dengan segelintir murid yang lemah., lambat dan dengan berbagai karenah; guru yang tidak lesu tetapi tetap bertenaga dari pagi sampai ke tengah hari (atau petang); ia tidak membezakan murid atau kelas yang cerdas dengan murid atau kelas yang kurang cerdas.
Jangan sekali-kali ada perasaan apatah lagi tersimpan niat di hati, akibat dari sikap dan perbuatan guru sendiri dan menyangka yang rosak dan buruk hanyalah organisasi atau sekolah sahaja. Kerosakan yang lebih besar ialah rosaknya nama baik, cemarnya maruah, buruknya perangai diri guru itu sendiri akibat mengikutkan hati dan nafsu.
Guru tidak mungkin menjadi efisyen jika mempunyai ciri guru yang "powerless" , tidak ada prinsip, buta mata hati, tahu tapi tidak mahu tahu atau seorang guru yang ada ilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya. Setiap diri kita pasti mampu dan berjaya menjadi seorang guru yang sebenar guru

13 Disember 2008

Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi

18 November 2008

Peranan dan Tugas Guru Yang Efektif

PERANAN DAN TUGAS GURU YANG EFEKTIF
Disedia oleh Hajah Ramlah bt Idris,
Guru Cemerlang Pendidikan Islam,
SMK Pulau Nyior, Jitra, Kedah


Pengajaran Efektif

Pengajaran yang efektif ialah satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran terakhir yang dikehendaki dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia merangkumi perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Pengajaran yang efektif dihasilkan oleh guru yang efektif. Menurut satu kajian oleh Daveid G. Ryans (1959), guru yang efektif ialah guru yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Bersikap adil dan tidak pilih kasih.
- Bertimbang rasa dan baik hati.
- Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.
- Tenang dan stabil emosinya.
- Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya berjenaka.
- Berpersonaliti dinamik, iaitu menarik, tangkas dan kerap kali menghidupkan suasana bilik darjah.
- Mempunyai kecerdasan tinggi yang membolehkannya memahami serta mengajar sesuatu dari sudut pandangan yang luas.
- Mempunyai imaginasi tinggi yang membolehkannya memberikan pelbagai jenis contoh yang dapat membantu murid-murid memahami sesuatu konsep dengan mudah serta cepat.
- Bersuara lantang dan bertingkah laku beradab.
- Bersabar. Kesabaran penting ketika guru membimbing murid-murid yang lemah dan nakal.
- Bersikap terbuka, jujur dan ikhlas. Murid-murid akan mempercayai guru seperti ini. Dengan itu murid lebih sedia berkongsi masalah dengan guru.
- Bersikap tegas. Guru yang tegas dapat mewujudkan disiplin yang baik. Ini membolehkan pengajaran-pengajaran berjalan dengan licin.
- Mementingkan ketepatan masa. Guru yang menepati masa ketika masuk ke bilik darjah dapat memulangkan tugasan murid akan dihormati murid-muridnya. Amalan seperti ini juga merupakan teladan yang baik bagi murid-murid.
- Berdedikasi dan rajin. Guru yang berdedikasi kerap kali menyempurnakan tugasannya dengan baik. Dia sentiasa bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran murid yang maksima.
- Sedia memberi galakan dan pujian. Sikap seperti ini akan mendorongkan lagi murid-murid untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran mereka.