09 November 2009

Hari Anugerah Permata hatiku, SMKPN

Pada 22 Oktober 2009
Sekolah ku mengadakan hari Anugerah Permata Hatiku.
Kak ramgc, dan dan Pn. Rashidah ditugaskan mendokumentasikan program itu.











Pemgarah Pelajaran Negeri Kedah merasmikan majlis tersebut




Bergambar dengan tokoh permata hatiku , anakanda Abdullah.

Tahniah kepada warga SMKPN kerana telah berjaya melaksanakan program PERMATA HATIKU.


03 November 2009

Mesyuarat Panitia Daerah kali ke 3...

2 Nov 2009
Hari ni penat sungguh .. orang lama.... pagi 7.30 dengan pelajar Segar Pagi... respon dari pelajar nak belajar amat menyeronokkan ..... masa tu lupa tak sarapan lagi.
7.45 dengan pelajar 5 Tabari ... dah tunggu depan bilik mesyuarat. Kak ram mengajar dalam bilik mesyuarat. ada ekon. Pakai mike. Pelajar PUGAR. Shauqi, Naim, Zaid mai kali ni datang nak belajar Pendidikan Islam. Mengajar sampai pukul 9.05 pagi.

Baru boleh pi kantin makan....

Lepas tu, masuk bilik, on kan komputer nak uruskan postmortem. Panitia Daerah nak satu bawa masa mesyuarat nanti. Tak sempat mula kerja, Pemantau surau Lima Bintang mai.... Dengan depa sampai jam 12.20 tengah hari. Patutnya masuk kelas 5 Ave jam 12.05. Pi ke kelas tu jam 12. 45.
Pi ke blog tu dengan kereta cepat sikit. Terpaksa cepat kerana jam 1.00 nak balik ke rumah bersedia nak solat, makan tengah hari. Lepas tu nak pergi PPD mesyuarat jam 2.00 petang.

Hajat nak bersama Jamuan Perdana 1 Malaysia .... melepas...

Jam 5.00 petang baru habis mesyuarat.

ok nanti sembang lagi...

02 November 2009

Ingatkan .... adab menghormati guru,

Guru adalah orang yang mengajarkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan mendidik kita menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. Walau bagaimana tingginya pangkat atau kedudukan seseorang itu mereka adalah bekas seorang pelajar yang tetap terhutang budi kepada gurunya yang pernah mendidiknya pada masa dahulu.

Oleh itu Islam mengajar kita supaya menghormati guru dan memuliakannya sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah.

Sabda Rasulullah saw

Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.

Cara beradab menghormati guru

- Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah

- Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.

- Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.

- Mengucap salam setiap kali bertemu guru

- Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru

- Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru

- Menghargai ilmu yang diberi oleh guru

- Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan

- Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.

- Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit

- Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.

Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt . Sekian

25 September 2009

Hari Raya Aidil Fitri 1430 H / 2009

Semua anak dan menantuku balik Jitra, dua hari sebelum raya.
Kami sekeluarga sempat berbuka puasa bersama.
Nak himpun semua sekali amat payah.
Mereka kerja. Ada yang berkerja di Kuala Lumpur, Perak, Kelantan.
Sembilan orang cucu berkumpul.
Gembira sungguh walaupun penat melayan kerenah mereka.

ini gambar cucu-cucuku.

anak una yang baru


Along's family

Angah's family



Una's family


Uyun's family


bersama anak ke lima dan ke enam (Jibah dan Munirah)

28 Ogos 2009

Puasa dan kesihatan
Oleh Asmadi Abdul Rahman

Puasa menurut Islam bermaksud menahan diri daripada mengambil makanan dan juga minuman daripada terbit fajar sehingga kepada tenggelam matahari beserta
dengan niat berpuasa. Ibadah puasa tidak diamalkan oleh penganut Islam sahaja, sebaliknya umat-umat terdahulu dan agama-agama lain juga mengamalkan amalan berpuasa mengikut kaedah dan cara masing-masing seperti agama Yahudi dan Kristian. Namun begitu terdapat juga agama yangmengharamkan ibadah puasa kerana proses menahan diri
daripada lapar adalah suatu yang menyeksakan.

Secara dasarnya kita dapati bahawa ibadah puasa ini merupakan amalan yang menyakitkan kepada sesiapa yangberamal dengannya. Dalam agama Islam sesuatu yang
memudaratkan kepada penganutnya dikenali sebagaimasyaqqah iaitu kesukaran atau kesusahan hendaklahdihindari.

Ini kerana Islam merupakan agama yang membawa konsepkemudahan dan keringanan dalam kehidupan umatnya danbukannya membawa kesusahan dan kesukaran terhadap
umatnya.

Dalam keadaan tertentu, walaupun pada dasarnya sesuatuperkara itu kelihatan susah namun ia adalah suatutaklif yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu
seperti kewajipan dalam mencari rezeki.

Hakikatnya bahawa kesusahan dan kesukaran adalah suatuyang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia.Begitu juga dengan ibadah perlu kepada pengorbanan
dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Antara ibadahyang memerlukan pengorbanan fizikal adalah ibadahpuasa.

Ini kerana kita dilarang makan dan minum sama sekalisetelah terbit fajar sehingga tenggelam matahari. Jika di Malaysia kita perlu menahan lapar dan dahaga lebih
kurang 14 jam sehari. Satu jangka masa yang sebenarnya sangat panjang dan membebankan kepada pengamalnya jika dilihat dari sudut fizikalnya.

Namun begitu ibadah ini tetap dinanti-nantikan oleh umat Islam untuk melaksanakannya khususnya di bulan Ramadan bagi memperolehi ketakwaan dan keampunan Allah
s.w.t.

Selain tujuan berpuasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dan memperoleh keampunannya secara tidak langsung ibadah puasa juga mempunyai kesan yang
sangat baik terhadap kesihatan umat Islam jika melaksanakannya dengan sempurna.

Hal ini disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis : Berpuasalah kamu, nescaya kamu mendapat kesihatan. (riwayatAl-Thabrani).

Sebenarnya jika kita kaji tentang ibadah puasa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat terdahulu hampir atau mungkin lebih 150 hari dalam
setahun mereka telah berpuasa.

Antara puasa yang digalakkan oleh baginda s.a.w ialah puasa enam di bulan Syawal seperti mana sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan
kemudian diikuti puasa enam hari di bulan syawal, seolah-olah berpuasa selama setahun. (riwayat Muslim).

Seterusnya ialah puasa hari Arafah kepada yang tidak menunaikan rukun haji. Abi Qatadah berkata, ditanya kepada Nabi s.a.w tentang puasa Arafah, maka baginda
berkata: Diampunkan tahun lepas dan selebihnya.(riwayat Muslim).

Seterusnya puasa pada 9 dan 10 Muharam. Ibn Abbas meriwayatkan, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari 10 Muharam dan memerintahkan berpuasa
padanya. (riwayat Bukhari).

Terdapat juga puasa yang dituntut melakukan setiap minggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Daripada Aisyah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut supaya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis”.
(riwayat Tirmizi)

Puasa yang dituntut dilakukan pada setiap bulan pula digalakkan melakukan pada setiap 13, 14 dan 15 haribulan Islam setiap bulan, selagi ia tidak jatuh
pada hari yang diharamkan berpuasa.

Hal ini merujuk kepada sebuah hadis daripada Abu Hurairah: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berpesan kepadaku dengan tiga perkara iaitu berpuasa tiga hari
berturut-turut setiap bulan, mendirikan dua rakaat solat Duha dan mendirikan witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari).

Walau pun puasa-puasa tersebut tidak diwajibkan kepada umat Islam tetapi dengan melakukan ibadah tersebut kita dapat menghampirkan diri dengan Allah s.w.t. dari
sudut rohaninya, dari sudut jasmaninya kita akan mendapat kesihatan yang baik, seperti yang disebut dalam hadis di atas.

Terdapat kajian yang menyokong kebenaran hadis yang mengatakan bahawa berpuasa mendatang kesihatan kepada pengamalnya. Ini dibuktikan melalui kajian saintifik
yang dijalankan oleh Universiti Sains Perubatan di Tehran.

Mereka dapati bahawa mengamalkan ibadah puasa tidak mendatangkan kemudaratan, sebaliknya puasa yang sempurna mampu menyebabkan masalah berat badan dan
metabolisme lemak dapat diselesaikan.

Melalui ibadah puasa juga mampu membaik pulih sistem ginjal manusia. Satu kajian oleh Fakulti Perubatan Universiti Indonesia terhadap 43 orang golongan geriatric. Kesimpulan kajian menunjukkan pada puasa Ramadan akan berlakunya pembaikan fungsi ginjal pesakit geriatic dengan mekanisme yang belum jelas.

Kemungkinan growth hormone berperanan dalam proses pembaikan itu manakala pada minggu pertama danpertengahan puasa Ramadan, penurunan fungsi berlaku. Secara klinikal keadaan ini tidak merbahaya. Kemudian pada akhir puasa dan dua minggu selepas puasa terjadi pertambahan fungsi ginjal, bahkan lebih baik dari
sebelum berpuasa. Menurut Prof. Madya, Mohd. Isa Abdul Majid dari Pusat Racun Negara USM, berpuasa mencega diri daripada mengambil makanan selama hampir 14 jam
membolehkan organ penghadaman seperti perut, usus, pankreas, kelenjar hempedu dan hati berehat daripada aktiviti pencernaan makanan.

Tambahan pula, organ hati dalam keadaan tiada bahan yang perlu dihadamkan akan berubah kepada lebih aktiviti pembersihan seperti menukarkan simpanan lelemak di dalam badan kepada bentuk penjanaan tenaga yang diperlukan oleh badan.

Selain itu, beliau berpendapat, ibadah puasa mampu menyelamatkan kesihatan perokok tegar. Ini kerana bagi mengurangkan beban bahan racun yang terkumpul dalam
badan maka alternatif yang ada ialah mengurangkan kemasukan bahan racun yang terhasil daripada asap rokok ke dalam badan manusia melalui saluran pernafasan atau pemakanan.

Hakikatnya ibadah puasa merupakan suatu kaedah untuk melatih kita menahan nafsu daripada segala kenikmatan dunia ini. Dalam mafhum sebuah hadis Rasulullah s.a.w.
menyebut sesungguhnya syaitan bergerak di dalam jiwa manusia melalui saluran darah yang mengalir dalam tubuh manusia.

Untuk memperlahan pergerakan tersebut hendaklah kita melakukan ibadah berpuasa supaya dapat menyempitkan saluran darah tersebut, secara tidak langsung mempunyai maksud tersirat dalam mengawal pergerakan syaitan yang sering mempengaruhi nafsu kita.

* Asmadi Abdul Rahman ialah Pensyarah Kolej Shahputra
Kuantan.

27 Ogos 2009

TAMADUN TINGKATAN 4 - RESPON TERHAD

Kepada anak murid ustazah Ramlah dan siapa saja... pelajar tingkatan 4 dan bakal SPM tahun ini.... mantapkan lah kemahiran ilmu dengan sentiasa membaca dan mamahami ilmu yang disampaikan oleh guru.

SELAMAT BELAJAR



20 Ogos 2009

Anak sakit , di UIA

10 Ogos

Gelabah dibuatnya.

Anak telofon. Jam belum asar lagi. aku sedang rehat. Letih balik sekolah. Sayup dengar suaranya. Penat ... tersangkut-sangkut suara. Rupanya dia demam. 39.4 darjah kepanasannya. Doktor suruh balik. Cuti dua hari. Munirah anak bongsu kakram gc. UIA. KL.

Musim ni.... H1N1 ... makin gelabah lah kami...

Suami ku ... gaut pulak tu. cuti sakit kaki. Dia kata... jom pi KL ambil anak.
Sakit macam mana... dia telan pil tahan sakit. Kami pun bungkut keperluan. tutup .. kunci rumah ... terus bertolak ke KL.

hati berkata... nak sampai pukul berapa ... mestinya 6 jam. Lamanya lagi. Bagaimana pula anak ku itu. Suamiku sakit kaki ... tentunya selalu berhenti ... kena rehatkan kaki.

Allah maha Berkuasa, terfikir, supaya abangnya di KL menghantar adik nya ke Ipoh. Di Ipoh kami ambilnya di sana. Tak lah jauh sangat.

al hamdullah pukul 9 malam. kak ram ambil anak kak ram tu di Tol Ipoh (Simpang Pulai). Terus Ke Hospital Sungai Petani. Jumpa Doktor.

Al- hamdullah... kinik dia dah sihat ... dan telah kembali belajar ....

Ceramah LDP di SMK Changlon

8 Ogos Sabtu

Mata dah baik.
Dah jelas lihat alam sekeliling.
Musim buah banyak ulat lampu.
Kawan-kawan ... awas ulat lampu.


Hari sabtu Kakram gc pi ke SMK Changlon.

8.30 pagi dah sampai.

SMK Changlon jemput memberi slot Latihan Dalam Perkhidmatan. Tajuk: Pengurusan Profesionalisma Perguruan. Cerita pada mereka tentang tugas-tugas guru. BAgaimana nak urus tugas guru. Kena tahu juga etika profesion kita. Berkongsi ilmu dan pengalaman. Seronok berada di SMK Changlon.....

Suka orang jemput ... ceramah porfesion .... insya allah selagi badan mampu ... orang lama...
ok

02 Ogos 2009

Ikuti program Riadah dalam Dewan... PJK

25 Julai 2009

Ada kursus dalaman di sekolah. Hari Sabtu. Dari pulul 8.00 pagi. Namanya "Pengurusan Stress"

Sebelum Slot tu ... kami ber riadah semua staf guru dan bukan guru. Keluarkan peluh. pucho-pucho. Panitia PJK buat program.

Habis peluh busuk keluar..... Seronok. Kita bukan sibuk dalam kelas saja. Dengan P&P saja. Barulah sePASUkan namanya. Lepas beriadah tu kami dihidang makanan. Hem.... tak diet juga.....

Terima kasih Puan Che' Wan......

Hadir mesyuarat Agung MGC Negeri Kedah.

30 Julai Khamis.
Kena hadiri mesyuarat agung MGC Negeri Kedah. Di IPDA. Bilik Ibnu Khaldun. Jumpa GC-GC. Jumlah GC negeri Kedah dah bertambah. 400 lebih.

Borang GC dah keluar. Mai lah kita isi.

Nak tunggu jadi PK ke, PK HEM ke, Pengetua ke .... depa lambat pencen ..... tambah umur sampai 58.

Jadi GC tak gaduh nak tunggu kekosongan kerusi.

Sendiri pulun, sendiri usaha, sendiri tingkat profesyen .... insya Allah berjaya dapat GC.

La ... ni.... Kak ram Gc dapat call, depa tanya baagaimana nak buat essei sebayak 500 patah perkataan. dua essei jadi 1000 patah perkataa.....

Kak ram jawab ..... kena buatlah berdasarkan apa yang telah kita laksanakan selama ini. Kalau kita ada aply dalam profesyen dah tentu kita boleh buat essei itu.

Kak ram pun sifu ... Tuan Haji Shamsuddin suruh isi borang GC untuk Gred Khas C. Katannya biar menyesal isi borang, jangan menyesal tidak isi.

Thank you ...sifu.

Sakit mata - masuk ulat - pi KMC

28 Julai 2009,Selasa
Sakit mata. Ingat boleh ubat cara sendiri. Kawan-kawan sekolah kata, mata jadi sepet. Dah tu, merah macam bara. Makin kelabu. Hm... hari selasa... pi sendiri ke Kedah Madical hospital. Suami sibuk. Bawa kereta sendiri.
Doktor cek. Katanya radang mata. Mata hitam bercalar. Dicalar oleh ulat. Dua hari doktor beri cuti. Rehat. Mata kiri kelabu tapi masih boleh menghadap komputer.
Nak isi borang GC......

Tak pe lah ....

24 Julai 2009

Rabu se hari di SM Sains Kubang Pasu

22 Julai 2009.

Berbengkel untuk pemurnian bahan sokongan SPM untuk Al-Falah. Kak ram GC yang jadi hostnya. Urus pemurnian bagi siap hari tu juga.

12 orang KP berbengkel tersebut. SPM.

Kami diberi bilik mesyuarat kecil. Hoi sejuknya kakram gc. Ingatkan biasa saje. tak bawa blezer lah. KP SM Sains Kubang Pasu cari blezer khas untuk kakram gc.

Sempat berhenti ambil gambar gerhana matahari. Dari celah tingkap aje.

Di sana tu diberi makan 4 kali.

Buat kerja dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 5.20 petang. Berhenti makan dan solat aje.

Kalau tak pulun ..... tak siap.


Nak siap cepat supaya anak murid kita boleh buat ulangkaji sebelum percubaan.

TQ kepada semua KP (SPM al_Falah)

gambar ada ....... nanti dulu tak dan nak masukkan ... tak tau lah internate malam ni slow sangat.

ok.....

Di Kolej Komuniti

21 Julai 2009. Selasa

Kakram gc berada dilangkawi. Ambil cuti 1 hari. Nak hantar anak saudar mendaftar pada 21 Julai. Pihak pengurusan Kolej tidak maklum wang pendataran RM 520.00. Banyak tu. Depa tak maklumkan awal dalam surat tawaran. Sepatutnya maklumkan semua yuran perlu dibayarkan pada masa pendaftara. Mujurlah kakram gc ada wang. Cucuk ATM malam tadi.
Syukur.

Jam 12.30 tengah hari bertolak pulang ke Kuala Perlis. Kami tak sempat beli apa-apa kecuali coklat aje.....

Pi Langkawi pula

20 Julai 2009
Pagi-pagi dah bertolak ke jeti Kuala Perlis. Beli tiket nak pi Langkawi. Tujuan pi ak urus pendaftaran anak saudara dari Baling. Mendaftar di Kolej Komuniti. Ambil kursus perhotelan.

Hari tu kami pusing-pusing Pekan Langkawi. Pergi Under Water World. Tak seindah dulu tempat ikan tu. Tak de dah ikan yang besar-besar. Pi juga Kubur Mahsuri. Depa tu tak pernah mai lagi Pulau Langkawi.

Kami tidur di Chalet Charlie, Pantai Cenang. Dekat benar dengan laut. Rasa takut juga. Manalah tau berlaku sunami lagi. Tapi bila dah tidur tak sedar apa-apa pun.


Gambar ada nanti kakramgc paparkan kemudian;