Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana
kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya
satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau
hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,
kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan
keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.
w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa
mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali
lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta
membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12
kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang
yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA
memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat
Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam
perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh
menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka
pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100
kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan
lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan
dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &
ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap
sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2
orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca
ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan