UWAIS AL-QARNI tinggal bersama ibunya
sudah tua, lumpuh dan buta di Yaman.
Pemuda bangsa Yaman itu bekerja sebagai pengembala binatang
ternakan. Beliau bukan saja sangat kasih kepada ibunya tetapi juga taat pada
perintah ibunya walaupun terpaksa bekerja keras mencari rezeki. Allah memberi
rahmat kepadanya dengan menjadikan binatang ternakannya sihat dan membiak
dengan subur.
Pada waktu malam, Uwais menghabiskan masa di rumah untuk merawat ibunya seperti mengambil air minum dan memasak makanan. Beliau sering menjadi sebutan masyarakat.
Pada waktu malam, Uwais menghabiskan masa di rumah untuk merawat ibunya seperti mengambil air minum dan memasak makanan. Beliau sering menjadi sebutan masyarakat.
Apabila tiba seruan Islam ke Yaman, beliau tertarik dengan
ajaran agama itu sehingga memeluk Islam. Uwais menemui ketenangan jiwa dan
menjadi hamba yang kuat beribadat.
Uwais teringin bertemu Rasulullah saw tetapi keadaan tidak
mengizinkan kerana ibunya sudah tua dan tidak mampu tinggal sendirian. Waktu
berlalu, kerinduan Uwais bertambah sehingga beliau menyatakan hasratnya kepada
ibunya. Ibu membalas sambil menangis.
“Ibu...! Kenapa ibu menangis? tanya Uwais.
“Ibu terharu! Ibu rasa gembira akan hasratmu. Wahai Uwais!
pergilah!” kata ibunya.
Tanpa berlengah, Uwais menyediakan keperluan untuk diri dan
ibunya yang akan ditinggalkan selama beberapa hari. Akhirnya beliau tiba di
Madinah dan mencari rumah Rasulullah.
Uwais mengetuk pintu tetapi yang menyahut ialah Aisyah
kerana Rasulullah sedang berjuang dalam Perang Uhud. Uwais menyampaikan salam
kepada Rasulullah dan pulang ke Yaman. Sekembalinya Rasulullah, Aisyah
memberitahu mengenai Uwais yang mencarinya.
Rasulullah menyatakan bahawa orang itu adalah pemuda yang
taat dan patuh serta sayang kepada ibunya. Dia adalah penghuni langit.
Mendengar itu, Aisyah dan sahabat terpegun.
Rasulullah kemudian berkata: “Jika kamu ingin bertemunya,
lelaki itu memiliki satu tanda putih di tengah tapak tangannya.” Rasulullah
menoleh ke arah Ali dan Umar sambil berkata: “Jika kamu menemuinya suatu hari
nanti, mintalah doa dan istighfarnya. Dia adalah penghuni langit.”
Ketika Umar menjadi khalifah, beliau teringat sabda
Rasulullah dan mengajak Ali mencari Uwais. Mereka bertanya kepada semua kafilah
yang datang berniaga di Madinah.
Tindakan mereka menimbulkan tanda tanya kafilah. Akhirnya
mereka menemui Uwais.
Dalam kesempatan itu, Umar membalikkan tangan Uwais untuk
melihat tanda yang disebut Rasulullah. “Memang benar! Inilah orangnya,” kata
Umar kepada Ali.Sebelum pulang, mereka meminta Uwais mendoakan dan
beristighfar untuk mereka.
Apabila Uwais meninggal dunia, ramai orang berebut-rebut untuk menguruskannya.Uwais memperoleh martabat yang mulia kerana beliau menghormati, memulia dan mencurahkan kasih sayang terhadap ibunya, sikap yang mengangkat darjat manusia di sisi Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan