Umat Islam
sedang menunggu kunjungan bulan Ramadhan, bulan yang sangat berkat dan
diberkati, yang sentiasa dinanti-nantikan kedatangannya oleh orang-orang
yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT , maka kita yang masih berpeluang
untuk berbakti dan mengabdikan diri ke hadrat Allah SWT telahpun diajar
oleh baginda Rasulullah saw cara sambutan bulan Ramadhan iaitu sebagaimana
sabda Baginda kepada para sahabat sebagai berikut : “Dikunjungi bulan Ramadhan,
penghulu segala bulan, ucapan selamat datang atas ketibaan bulan ibadat
berpuasa yang penuh berkat. Maka layanlah tetamu istimewa yang sedang datang
itu”.
Bersesuaian dengan ketibaan bulan
puasa yang mulia, bulan yang dinamakan bulan umat Islam sedikit sebanyak
sepatutnyalah kita tingkatkan pengetahuan kita mengenai hakikat kedudukan
ibadat puasa ini berbanding ibadat-ibadat lain. Pada hikmatnya yang sedia
tersembunyi masih banyak lagi yang belum dapat dikaji dibongkar untuk diambil
dan dimanfaatkan dalam kehidupan kita seharian, adapun yang telah kita dengar
dan pernah sudah diperkatakan oleh para cerdik pandai Islam kita ialah :
1. Jentera atau alat yang terdapat di
dalam badan manusia perlu mendapat kerehatan seketika. Maka ibadat puasa
diibaratkan cara merehatkan sesuatu jentera pada badan dari berjalan berterusan
yang berkemungkinan telah mengalami kerosakan dan tidak mudah pula diperbaiki.
2. Para cendekiawan turut menerangkan
faedah berpuasa dari sudut kesihatan tubuh badan, banyak penyakit yang tidak
dapat disembuhkan dengan ubat-ubat melainkan amalan puasa dapat menyembuhkan
dari pedih kesakitan yang dirasai oleh si pesakit.
3. Membawa perubahan dari sudut
perasaan insaniah di mana puasa dapat melahirkan sifat yang bertimbang
rasa antara dua insan, yang tidak serupa keadaan nasib dan tuah hidupnya.
Perasaan ingin menolong daripada pihak yang berada kepada pihak yang kurang
berada di dalam menikmati kebahagiaan hidup bersama boleh diperolehi melalui
amalan puasa.
4. Allah SWT mewajibkan puasa Ramadhan
adalah sebagai bulan latihan bagi maksud memulihkan kekuatan dari segi tenaga
tubuh badan dan latihan rohani seperti sanggup bersabar dan menanggung
penderitaan.
5. Menurut tinjauan al-Imam as-Syafei
rahimahullah dalam ungkapan katanya : “Aku sangat suka bagi orang yang
berpuasa bertambah sifat kemurahan pemberian dalam bulan Ramadhan kerana
mengikuti jejak langkah Baginda saw”.
Mari kita kembali merenung firman
Allah yang bermaksud :
”
Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang–orang yang terdahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa” (Surah al-Baqarah : 183).
diwajibkan ke atas orang–orang yang terdahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa” (Surah al-Baqarah : 183).
Dalam ayat tersebut
Allah SWT menggunakan perkataan ‘ ‘
yang yang bermakna ‘mudah-mudahan atau
supaya” . Perkataan tersebut tidak diputuskan dan tidak
ditetapkan malah bergantung kepada sikap dan
amalan berpuasa. Dengan itu jelaslah bahawa natijah ibadat berpuasa ialah taqwa
di mana pada hakikatnya
taqwa itulah yang disediakan bagi orang yang berpuasa. Satu persoalan muncul
daripada mulut Abu
Umamah al-Bahili (r.a) meminta Rasulullah saw menyuruhnya melakukan
sesuatu yang diterima oleh Allah SWT.
Maka Rasulullah
s.a.w pun bersabda yang bermaksud :
“Wajib
atas kamu berpuasa kerana puasa itu tiada bandingan baginya”.
Abu Umamah mengulangi permintaan itu
kali ke-dua maka Rasulullah saw bersabda lagi seperti
yang pertama juga dan Abu Umamah meminta kali ketiganya, maka dijawab oleh
Rasulullah SAW sepertimana jawapan kali pertama dan keduanya juga. Dengan
jawapan yang berturut-turut dan serupa
daripada Rasululah saw, maka tidak syak lagi bahawa puasa itu tidak ada bandingan pada menyiapkan diri
untuk menuju ke pada tingkat ketaqwaan yang sebenarnya. Dari tinjauan tadi maka dapatlah disimpulkan bahawa puasa itu tidak akan sampai kepada tujuan atau hasilnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT melainkan kita mengetahui hakikat kedudukan puasa serta menetapkan kebenaran niat keikhlasan berpuasa atas tujuan memohon dan meminta keredhaan Allah
daripada Rasululah saw, maka tidak syak lagi bahawa puasa itu tidak ada bandingan pada menyiapkan diri
untuk menuju ke pada tingkat ketaqwaan yang sebenarnya. Dari tinjauan tadi maka dapatlah disimpulkan bahawa puasa itu tidak akan sampai kepada tujuan atau hasilnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT melainkan kita mengetahui hakikat kedudukan puasa serta menetapkan kebenaran niat keikhlasan berpuasa atas tujuan memohon dan meminta keredhaan Allah
SWT
semata-mata. Maka tercapailah cita-cita dan azam yang kuat serta
terpancarlah sinaran keimanan dan tercapailah keredhaan Allah bagi seseorang
yang beramal sedemikian cara dan niat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan